SERDANG, 20 Jan (Bernama) -- CyberSecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada tentang kelemahan ketara yang terdapat pada pelayar Microsoft Internet Explorer. Ketua pegawai eksekutifnya Husin Jazri berkata kelemahan itu membolehkan penggodam memberi arahan kepada komputer mangsa. Keadaan ini dikenali sebagai "0-day" kerana kelemahan berkenaan terdedah apabila vendor perisian tidak mengatasinya, kata Husin dalam satu kenyataan. "Kelemahan ini boleh diambil kesempatan dengan mudah apabila pengguna melawat laman web penggodam. Penggodam boleh mengirim URL (alamat laman web Internet) kepada pengguna melalui e-mel bagi mengumpan mereka melawat laman yang mengandungi program jahat, atau meletakkan URL berkenaan pada laman web dan forum popular," katanya. Husin berkata kelemahan itu juga boleh diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menyalurkan ancaman terhadap komputer seperti trojan atau virus lain. Kata belia...