July 2014 ~ Mysura's Diary

Assalamualaikum.

Hello there! I am Maisurah Mazhar; 20 years old in 2012. I am wannabe Chef / Entrepreneur. I'm a simple person with a simple life. I just want to thanks to Allah the almighty because give me life to live in this earth. Last but not least, thanks to people who love me and caring for me. Nice to meet you :)

Islam

Dear Allah, I don't know your plan for me and at times it can be scary. But I know you have a purpose for me and everything I am going through is for good reason. insyaAllah. Islam is my way of life.

Photography

Let your words be few, and your exposures many. Life is like photography, we develop from the negatives.

Food and culinary arts

Variety's the very spice of life that gives it all its flavor. Food taste better when you eat it with your family. Good food, good life.

Lifetime

friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means the memories last, even if contact is lost. Relationship because of Allah feels pure and sincere.

27 July 2014

Ramadhan akan pergi, Salam Aidilfitri - 1435H

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Bismillah.

Lihatlah dedaunan kekeringan jua.
Gugurnya jatuh dan rapuh.
Layu dan tidak berguna.
Begitu juga pada jiwa manusia.
Sampai masa usianya kan menjemput pergi
Kesannya tiada makna lagi.

Maka janganlah terleka hingga ke akhirnya.
Kutiplah bekalan yang masih berbaki masa.
Agar dirimu dapat berjumpa pada yang Maha Kuasa.
Dalam jiwa yang tenang dan redha.

Sungguh ajal tak mengira usia dan masa.
Setiap jiwa sudah ditakdirkan saat kematiannya.
Sudah tertulis pada Kitab Ilahi.
Dan ia amat mudah bagi Dia, Ya Rabbi.

Sedang ku dalam lamunan risau pada datangnya yang PASTI.
Terusku beristighfar mengutip pahala Ilahi.
Seusai siap santapan sahur yang berbaki.
Tiba-tiba dikejutkan pada jiran disebelah ini.
Pada kematiannya pada malam terakhir ramadhan ini.

Aku senyum aku sayu
Apa pula kesudahanku?
Sempatkah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang?
Atau adakah masih ada waktu untukku esok hari yang mendatang?

Sedang diri berjalan
Sedang diri lelap
Sedang diri lalai
Sedang diri bermaksiat
Sesungguhnya itulah umur yang berbaki!
Yang sedang menuju yang PASTI
Dan ia bukannya pengakhiran namun sekadar tamat tempoh di dunia ini.
Setelah itu ia terus lagi berjalan tanpa ada akhir.
Tanpa ada bekal yang mampu disemai lagi.
Cukup sekadar balasan atas apa yang sudah tersia pada duniawi.

Kita ini milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali (2:156)
Yakni ke akhirat sana yang menanti.
Dan pasti diberi balasan atas setiap apa yang dikerjakan diri.
Oleh sosok tubuh ini walau hanya sebutir biji sawi.

Kala Ramadhan akan pergi, andai ini yang terakhir dan atas lapar dahaga yang dilalui moga berbalas pahala Ilahi.
Kemudian disambut riangnya Aidilfitri, moga tidak lupa untuk terus mensyukuri, dan ku mohon maaf setulus hati maaf zahir dan batin.
Semoga Allah terima ibadah kita semua dan Alhamdulillah tahniah pada yang masih menikmati nikmat nyawa yang Dia pinjamkan. Jadikan setiap langkah ini ibadah agar langkahmu terhenti di syurga, dan itulah kabaran gembira buat orang yang bertaqwa pada Allah. Moga jiwa itu kita, InsyaAllah.

Tanda 
#umur berkat bila senantiasa dekat dengan Allah :)

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar!

#ramadhankareem 
#eidmubarak
#prayforgaza 
#prayforummah



Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

11 July 2014

Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak)

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Kuliah magrib ringkas - Masjid Negeri
2 July 2014

Tajuk: Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak)

Pembukaan:
Orang yang beriman pasti akan cuba meningkatkan amalan mereka. 

Rahmat Allah sangat luas, namun, ada sesuatu yang kita kena buat baru turun rahmatNya. Antaranya duduk bersama dalam majlis ilmu. Kelebihan majlis ilmu adalah dinaungi oleh sayap para malaikat. Malaikat Jibril mempunya 1600 sayap. Perjalanan dari setiap sayap ke sayap yang lain adalah sebanyak 1000 tahun.

Tapi dengan syarat mesti penuhkn rumah Allah. Duduk dalam majlis ilmu untuk dapat rahmat Allah. 
Alhamdulillah selangor ni penuh dengan majlis ilmu. Surau tak pernah mati. Kat bazar Ramadhan pun ada tazkirah. Kat dataran kemedekaan pun ada. IssyaAllah sebelah club malam pun nanti akan ada tazkirah. 

Kembali konteks asal:
Allah maha pemberi rezki. 
Dalam Surah Hasyr ayat 24 menyatakan Allah memiliki nama-nama indah iaitu AsmaulHusna. Ar Razak bermaksud Yang Maha memberi rezki. Tangungjawab kita untuk hafal dan kenal akan Asmaul Husna. 
Maha adalah ayat siknifikasi untuk 'Yang Paling Hebat'. Rezki manusia tertakluk pada kuasa Allah, malah manusia tiada daya untuk memberi dan menyekat rezki orang lain. Manusia bukan juga penyebab kita berjaya. 

Kenapa perlu kenal Asmaul Husna? 
Supaya kita tahu Allah yang Maha segalanya. Hati mereka akan berasa lapang bila tahu semua adalah dari kehendak dan rahmat Allah. Kadang kita serabut fikir bila takde duit. Tapi bila kita beriman akan Asmaul Husna Allah, kita akan rasa lapang kerna segalanya atas kehendak Allah. Kerana Allah adalah Al Mutakkabbir iaitu Yang paling besar menciptakan manusia. 

Ayat al Quran mempunyai 114 Surah, tapi jika kita beriman pada 113 sahaja maka kita jatuh hukum kafir. Dalam alQuran ada Ayat tentang hukum wajibnya menunaikan solat jua tentang puasa dan tutup aurat. Orang yang puasa tapi  tidak solat ibarat seperti orang pakai baju tapi tidak pakai seluar. 

Allah sebaik baik pemberi rezki. Kita tiada daya untuk segalanya. Hatta jika kita memberi hadiah atau sedekah pada orang lain, itu Allah jadikan kita sebagai asbab untuk Allah hantarkan nikmatNya pada hamba-hambaNya. Kalau kita beriman dengan sebenar-benar pada Ar Razak kita tidak akan takut dengan manusia dan tidak akan takut pada bos. Sebab kadang-kadang mereka rasa yang memberi rezki tu adalah bos mereka. Maka letakkan rasa takut, berharap dan meminta hanya pada Allah bukannya manusia. 

Rezeki terbahagi kepada dua kategori:
1. Rezeki yang umum
2. Rezeki yang khusus

Rezeki Umum adalah nikmat dimana semua manusia tidak kira baik/jahat, soleh/tidak soleh Allah akan beri pada hamba-hambaNya seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan lain-lain. Ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah Yang Maha memberi rezeki walau ada yang melawan Allah, yang kadang tidak solat, tak dengar syariat Allah, tapi ada rumah banglo siap ada lif dan banyak duit pula.

Rezeki Khusus pula adalah dikhususkan pada orang yang beriman dan bertaqwa seperti mendapat Hidayah dan Taufeeq dariNya. Selain itu Allah memberi rezeki pada mereka dengan membiarkan mereka mengisi ruang untuk buat kebaikan. Dalam bulan Ramadhan sebagai contohnya, orang yang beriman akan buat banyak kebaikan. Maka pasak niat betul-betul sebelum Ramadan untuk berusaha buat banyak ibadah dan kebaikan. Jadikan Ramadhan sebagai pesta ibadah bukan pesta makanan, dan Allah pasti akan buka jalan untuk kita sekiranya kita berniat dengan seikhlasnya. 

Orang yang mendapat nikmat akan mendapat kebaikan disisi allah kerana Rezeki adalah nikmat dari Allah. Maka beribadah tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah beri. Dalam satu hadis, Saidatina aisyah pernah bertanya pada Rasulullah saw bahawa Rasulullah saw adalah maksum (tiada dosa) tetapi kenapa tetap beribadah sampai bengkak kaki. Lalu Baginda menjawab "Apakah salah untuk aku jadi hamba yang bersyukur." Rujuk kitab muhammadiah. 

Bila kamu merasai nikmat bersyukurlah dan sekiranya kamu kufur maka di akhirat nanti Allah akan sediakan azab yang pedih buat kamu. Rezeki yg masuk dalam perut adalah dari Allah bukan manusia. Letakkan takut hanya pada Allah. 

Penutup:
Masuk ramadhan kena ada ilmu. Beramal tanpa ilmu amalannya pasti sia-sia diibaratkan seperti orang gila. Jadi kalau ada orang yang  tidak tutup aurat kat tepi jalan tu bolehlah kata mereka gila. 

Allah yang beri rezeki. Manusia sepatutnya tiada ketaatan melainkan hanya pada Allah dan Rasul. Taat pada ibu bapa untuk melakukn kejahatan seperti beli rokok tidak harus mentaati mereka. Sama-sama buat kejahatan maka sama-samalah dapat dosa. Kita hanya perlu taat pada kebaikan bukannya kejahatan. Mutlak taat hanya pada Allah. 

Doa:
Ya Allah berkatilah kami di bulan Ramadhan. Jadikan kami hamba yang sentiasa menginginkan kebaikan di bulan mulia ini. Jadikanlah mata kami, telinga kami, tangan kami, kaki kam,i hati kami, dan anggota badan kami ringan untuk melakukan ibadat kepadaMu di bulan yang mulia ini. Dan keluarkan kami dari bulan Ramadhan ini ibarat seperti bayi yang baru lahir yang telah terhapus segala dosa-dosa kami yang lalu. Ameen Allahumma Ameen. 

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

04 July 2014

Ramadhan yang dirindui

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Sedikit perkongsian tazkirah ringkas sebelum zohor di masjid uitm shah alam 
3 July 2014

Tajuk: Ramadhan yang dirindui..

Dalam surah al baqarah ayat 183 Allah berfirman:

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ

Yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Dalam ayat ini ada dinyatakan dipenghujung ayat surah al-Baqarah ayat 183 di atas yang berbunyi “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “moga-moga kamu bertaqwa” yang menerangkan bahawa Allah berjanji di akhir nanti kita akan menjadi orang yang bertaqwa jika melaksanakan puasa yang telah disyariatkan. Mudah mudahan insyaAllah. 

Allah maha mengetahui betapa susahnya berpuasa di bulan ramadhan dan Allah jua tahu kita mampu laluinya. Dalam hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Siapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh rasa keimanan dan mengharap keredhaan Allah maka Allah akan ampunkan dosa-dosa sebelumnya."
Ini adalah janji Allah serta Rasulullah saw.

Kebiasaanya apabila tibanya bulan ramadhan selain berpuasa kita juga digalakkan melakukan ibadah di malam hari iaitu tarawih.

Berkenaan dengan kelebihan lailatul qadr. 
Selalunya di awal bulan Ramdahan Masjid pasti penuh. Minggu selepas itu bilangannya semakin kurang dan kemudiannya jarang dan akhirnya kadang-kadang. Ia seperti 'Ramadhan yang sama natijah yang berbeza' dalam amalan kita umat manusia menghadapi bulan ramadhan. 

Adakah mereka tidak tahu kelebihan bulan ramadhan ini? 

Allah turunkan Surah al-Qadr surah yang ke 97 dimana asbabul nuzul dari peristiwa malam lailatul Qadr. Seperti yang telah Allah syariatkan kepada orang beriman diwajibkan bagi mereka untuk berpuasa dalam Surah al Baqarah ayat 183, Allah menerangkan juga cara melahirkan kecintaan agar dapat Rahmat Allah dalam Surah al Qadr. Kalimah 'qadr' disebut tiga kali dalam al Quran. 

Allah turunkan 30 juz sekali gus ketika lailatul Qadr. Surah pertama yang diturunkan ialah Surah al 'Ala, surah yang ke 96 iaitu sebelum Surah Al Qadr. Allah turunkan al Quran pada malam penuh keberkatan dan mulia serta malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu malam lailatul Qadr seperti firman Allah dalam surah Al Qadr. 

Apa sahaja yang ada kaitan dengan al Quran menjadi suatu kemuliaan. Dari Jabir ra, katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Bacalah olehmu Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya." [Hadis Riwayat Muslim]

Rahsia Imam syafiee apabila tibanya bulan ramadhan. 
Beliau akan tinggalkan kuliah dan pengajiannya dan akan khusus pada membaca al Quran. Ulama menukilkan bahawa Imam Syafi'e akan khatam al Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Kita pula katam berapa kali?

Imam Ibnu Haddad yang berpegang pada ajaran mazhab Syafi'e iaitu selepas 100 tahun kewafatan imam Syafi'e, cuba khatam 60 kali seperti Imam Syafi'e. Namun izin Allah Imam Ibnu Haddad hanya khatam al Quran sebanyak 59 kali dalam hayatnya. Tidak mampu menandingi Imam Syafi'e. 

Moga menjadi saksi kita dihadapan Allah dengan mencuba membaca 30 juz alQuran dalam bulan Ramadhan. 

Al Quran Resm Uthmani. Dari awal Surah hingga akhir ada 604 muka surat. Macam mana nak habiskan membacanya dalam bulan ramadhan? Kita memang tak mampu menandingi Imam Syafi'e tapi kita kena ada target untuk mencuba mengkhatamkan sekurangnya sekali dalam bulan Ramadhan. Ulama sependapat mengatakan malam lailatul Qadr jatuh pada malam yang 27 maka kita kena target malam yang ke 27 kita sudahpun khatam alQuran. 

Kiraan mengkhatam alQuran iaitu dengan bilangan muka surat sebanyak 604 dibahagikan dengan 27 malam. Dapat 22 muka surat yang perlu dibaca dalam satu hari. Bahagikan 22 muka surat untuk setiap 5 solat fardhu. Dapat 4-5 muka surat. Tak susahkan?

Malam lailatul Qadr lebih baik dari malam seribu bulan. Ulama menisbahkan seribu bulan itu sebanyak 83 tahun 5 bulan. Namun apa yang paling utama adalah 83 tahun Allah memberi ganjaran buat hambaNya yang terpilih. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Bani israel iaitu kaum terdahulu beribadah sehari seperti seribu bulan." Kita tidak mampu menyamai umat terdahulu maka Allah dengan sifat Ar Rahman dan Ar RahimNya, maka diturunkan malam lailatul Qadr untuk kita semua. 

Umat terdahulu selain beribadat mereka juga jihad fisabilillah yakni berperang melawan musih. Kita kat Malaysia ni apa yang ada hanya ibadah sahaja untuk dilakukan. Khatamlah al Quran, moga ia menjadi saksi bila berhadapan dengan Allah dan asbab untuk kita masuk syurga. 

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut (rafath), maka apabila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.”  [Hadith shahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim]

Ramadhan bulan penuh kesabaran. Kita diprovokasi dengan pelbagai mehnah ujian. Jualan murah untuk persiapan hari raya dimana provokasi pada keimanan kita, belum lagi provokasi tentang juadah berbuka puasa. 

Mencari malam lailatul Qadr: Walau masih awal namun kena menuai di awal Ramadhan. Masjid makin lengang bila demakin hampir pada akhir Ramadhan. Sepatutnya semakin ramai jika mereka memahami kelebihan lailatul Qadr tersebut. Seperti analogi larian pecut. Semakin dekat dengan garisan penanat maka semakin pecut. Maka janganlah kita membuang masa dan berlenggang untuk mencari dan mendapatkan malam lailatul Qadr. 

Contoh yang lain: Kerja 10 hari sahaja bos akan bagi 20 tahun gaji. Tapi Allah bagi lebih hebat. Cuma tidak nampak seperti nilai wang ringgit. Kalau kita nampak pasti kita sudah berkejar. Namun Allah menguji untuk melihat siapa yang beriman dengan sebenar-benar iman. Jadi jangan sia-siakan Ramadhan ini. Kerna mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita. Muhasabah diri dan kuatkan azam kita supaya dapat khatam alQuran kerna Ramadhan adalah bulan alQuran. InsyaAllah.

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.