Skip to main content

Pengguna Internet Explorer Dinasihat Berwaspada

SERDANG, 20 Jan (Bernama) -- CyberSecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada tentang kelemahan ketara yang terdapat pada pelayar Microsoft Internet Explorer.

Ketua pegawai eksekutifnya Husin Jazri berkata kelemahan itu membolehkan penggodam memberi arahan kepada komputer mangsa.

Keadaan ini dikenali sebagai "0-day" kerana kelemahan berkenaan terdedah apabila vendor perisian tidak mengatasinya, kata Husin dalam satu kenyataan.


Photobucket


"Kelemahan ini boleh diambil kesempatan dengan mudah apabila pengguna melawat laman web penggodam.

Penggodam boleh mengirim URL (alamat laman web Internet) kepada pengguna melalui e-mel bagi mengumpan mereka melawat laman yang mengandungi program jahat, atau meletakkan URL berkenaan pada laman web dan forum popular," katanya.

Husin berkata kelemahan itu juga boleh diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menyalurkan ancaman terhadap komputer seperti trojan atau virus lain.

Kata beliau kelemahan yang terdapat pada aplikasi popular seperti pelayar Internet atau pembaca PDF (format dokumen mudah alih) yang boleh menjejaskan sistem, bukan perkara baru.

Tahun lepas, Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), CyberSecurity Malaysia mengeluarkan 36 nasihat berkaitan aplikasi popular seperti Adobe Flash, Internet Explorer, Firefox, Shockwave dan Microsoft Office, kata beliau.

Husin berkata daripada jumlah itu, sembilan mempunyai kaitan secara langsung dengan aplikasi pelayar Internet, manakala 21 lagi berkaitan pemalam pelayar (browser plug-ins), katanya.

"Walaupun orang mungkin mengemaskinikan sistem pengendalian mereka dari semasa ke semasa, tetapi ramai yang lupa untuk mengemaskinikan aplikasi yang mereka gunakan setiap hari.

"Ini boleh menyebabkan bercambahnya perisian jahat, yang dengan mudah akan menjangkiti sesebuah komputer melalui aplikasi yang terdedah kepada serangan," katanya.

Husin berkata nasihat terkini tentang perkara itu boleh didapati dengan melayari http://www.mycert.org.my

Maklumat lanjut tentang CyberSecurity Malaysia boleh didapati dengan mengunjungi laman web www.cybersecurity.my

-- BERNAMA

so sekarang ni korang guna je Mozilla yer. Download semudah 123.. kredit to BERNAMA

Comments

Anonymous said…
IE sangat lembab..tak suka guna IE..
Azah Rahaman said…
baiklah.. sy akan guna mozilla aps neh.. iE kan dipinggirkan.. hua3..
bahaya siout....nasib baik org tolong ingatkan...
Macam mana dengan risiko pengguna di malaysia...tinggi x..
Menderas said…
IE cam hampeh. Baek guna FireFox jer. :)
Mysura said…
@dizzydude: saya pun tak suka..

@Aiza: ahah...kesian IE

@PEJUANG KESENIAN EXTREME: belum tahu lagi, tapi mmg tinggi sbb saya cuba bukak blog guna IE semalam.Mmg hampeh, takleh bukak langsung..

@Amirul Faiz Abd. Razak: tau takper... :)
shahrinabd said…
sy ske pakai google chrome. Laju pun laju..
ery said…
aku guna mozzila.. kadang2 safari...
IE kureng sket.. cuma kalau nak check balance
kat bank islam.. kena pakai IE...
tapi takut la pulak~~
Mysura said…
@shahrinabd: owh guna google chrome eh..ehe

@ery: owh..buat apa nak takut..ehehhe
Mysura said…
@MAIYAH: betul... :)
naim said…
i love mozilla....!!haha
Mysura said…
ahaha...me too.. :)
P.Mahasiswa said…
sy guna firefox pun sbb laju dan cantik..
klu upgradekan, toolbar dia boleh pilih design lagi tue.. tp dah buang sbb install kat komp. org lain.. hehe.. klu ada komp. sendiri mesti install punyer!
^w^
Dak Wan® said…
Ie nie byk yg dengki, klu bukak blog kita kat ie pon jadi lain macam kluarnya. Senget benget.
afendie said…
aku mmg suke dengan firefox.. tapi kalau nak pakai ie tu guna la v8 keatas, aser nye lebih selamat..

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d