July 2015 ~ Mysura's Diary

Assalamualaikum.

Hello there! I am Maisurah Mazhar; 20 years old in 2012. I am wannabe Chef / Entrepreneur. I'm a simple person with a simple life. I just want to thanks to Allah the almighty because give me life to live in this earth. Last but not least, thanks to people who love me and caring for me. Nice to meet you :)

Islam

Dear Allah, I don't know your plan for me and at times it can be scary. But I know you have a purpose for me and everything I am going through is for good reason. insyaAllah. Islam is my way of life.

Photography

Let your words be few, and your exposures many. Life is like photography, we develop from the negatives.

Food and culinary arts

Variety's the very spice of life that gives it all its flavor. Food taste better when you eat it with your family. Good food, good life.

Lifetime

friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means the memories last, even if contact is lost. Relationship because of Allah feels pure and sincere.

31 July 2015

Perihal cinta yang sebenar

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



~Cinta~

Engkau tidak akan pernah mengerti akan perihal cinta yang sebenar sehingga engkau belajar menghayati Sirah Nabawiyyah.. Sejarah Rasulillah s.a.w..

Pesanan ini buat diriku..

Sudah diberitakan, tidak dijadikan alam ini, melainkan kerana adanya Insan Agung Kekasih Allah Jalla wa 'Ala..

Dijadikan alam ini kerana itu, cinta-Nya terhadap Sayyiduna Rasulullah s.a.w. yang tinggi lagi mulia..

Nur/Cahayanya Muhammad s.a.w. yang menerangi seluruh Alam Maya dengan kehendak Yang Maha Esa..

Keindahan Cahayanya melimpah ke seluruh alam bersama Rahmat Sang Rabbul 'Izzati yang tak bertepi..

Jika mentari menyinari Bumi ini dengan cahayanya hingga terlihat segenap permukaan dan tampak segala makhluk yang terzahir di depan matamu..

Mentari meliputi alam dengan cahaya yang Allah kurniakan begitu.. Demi faedah cahayanya yang membantu makhluk lain bagi meneruskan kehidupan di Dunia..

Cahaya Muhammad s.a.w. itu jauh lebih mulia, jauh lebih indah daripada cahayanya mentari, jauh lebih besar manfaatnya di Dunia bahkan di Akhirat sana nanti..

Kerana ia bukan sahaja menerangi secara zahir, bukan saja di segenap alam hingga meliputi saraf tubuhmu, bahkan meliputi seluruh jiwa dan ruh makhluk Tuhan yang Esa..

Tetapi, insan yang terpilih sahaja yang dapat merasakan, menatap dan menghayati keindahan Cahaya itu..

Menerima cinta melalui cinta..
Moga kita yang terpilih..
Dalam mimpi mahupun nyata..
Zahir mahupun batin..
Di Dunia dan di Akhirat..

Dan kita berada dalam kelompok yang terselamat serta disuluh dengan Cahaya cinta-Nya..
Allah, sesungguhnya Tuhan-ku Maha Mengetahui..

Tentang cinta yang ada dalam hati ini.

Simpanlah ia kemas sekemas yang mungkin dalam hatimu...

Kerana itulah nanti yang engkau bawa demi kehidupan yang bahagia nan abadi di sisi setiap yang menyayangi..

"Cinta adalah perasaan, kelakuan, simbol, dan perlu diuar-uarkan. Oleh sebab itu, baginda Nabi Sayyiduna Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sekiranya salah seorang daripada kamu menyayangi saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu tentang hal tersebut.'- Syeikh Abdullah bin Bayyah - 

Original post at : Zamira Abdul Latip

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

28 July 2015

Berfatwa atau berdakwah?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



Berfatwa atau berdakwah? "Apa beza memberi fatwa dan memberi dakwah? Orang yang memberi fatwa wajib seorang yang berilmu, dan berkedudukan dalam ilmu yang tinggi, tetapi untuk berdakwah, tidak diwajibkan ilmu kepadanya. Siapa saja boleh memberikan dakwah."

"Ianya sebagai satu wasilah untuk dia menyambungkan dirinya kepada Rasulullah ﷺ untuk mengajak manusia kepada agama yang dibawa baginda Rasulullah ﷺ. Seseorang boleh mengatakan, “Wahai manusia, hendaklah kamu solat, bepuasa, membaca Al-Quran, mengingati Allah سبحانه و تعالى, menghubungkan silaturrahim, dan tidak disyaratkan ilmu padanya."

"Maka, yang memberi fatwa mesti orang yang alim, dan bukan orang yang jahil. Jika orang jahil yang beri fatwa, maka akan berlaku kepincangan. Untuk perkara dakwah, semua orang boleh untuk saling nasihat-menasihati antara satu sama lain, yang jahil menasihati yang alim, dan sebaliknya, rakyat menasihati pemerintah."

"Rasulullah ﷺ memberikan nasihat bergantung kepada keadaan orang yang bertanya, oleh sebab itu terdapat jawapan yang berbeza walaupun soalannya sama."

"Seperti para sahabat sering berjumpa Rasulullah ﷺ untuk meminta doa, walaupun mereka sendiri sudah dekat dengan Rasulullah ﷺ . Suatu hari Rasulullah ﷺ sedang memberikan khutbah di atas mimbar, dan seorang lelaki berkata, “Ya Rasulullah ﷺ, doakan supaya kami diberikan hujan.”

"Rasulullah ﷺ menyuruh, “Kamu doa dan kami akan aminkan.” Maka lelaki itu pun melakukan dan Rasulullah ﷺ mengaminkan. Begitulah amalan umat Islam untuk saling mendoakan satu sama lain."

"Begitu juga pernah beberapa sahabat meminta doa daripada Sayyidatina Aisyah, dan beliau juga mengatakan, “Kamu doa dan aku akan aminkan.” Begitulah sejak zaman awal Islam, amalan meminta nasihat, saling menasihati dan meminta doa dan saling mendoakan telah menjadi amalan."

"Baginda Rasulullah ﷺ juga pernah meminta doa daripada Sayyidina Umar Al-Khattab dengan mengatakan, “Tolong doakan aku wahai adikku yang comel”. Jadi, tiada masalah jika seorang guru atau Syeikh meminta doa daripada anak muridnya."

"Dia juga berkata walaupun kitab Ihya’ Ulumuddin boleh menjawab persoalan-persoalanku, tetapi hajatku ialah agar Syeikh (Imam Ghazali rahmatullah alaih) menuliskan nasihat dalam beberapa lembaran yang boleh menjadi peganganku sepanjang hayatku. Ini juga menjadi adat menuntut ilmu - mengumpulkan nasihat yang diberikan oleh guru, dan dikumpulkan untuk dijadikan amalan sepanjang hayatnya."

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf

Original post at : Raudhatul Muhibbin

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

22 July 2015

Biografi Ulama' ASWJ Asyairah Maturidiyah Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Pada tahun 1998 Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980.

Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang

Tuan Guru selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu.

Diantara kelebihan Beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun datang dari jauh dan lama masa mengajarnya, banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam pengajarannya.

Adapun kehebatan Beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat memberi kesan sekali kepada para hadirin.

Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada muridnya bahkan terlebih utama lagi beliau memberi didikan adab semasa belajar. Itu merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadaNya.

Original post at : Facebook Biografi Ulama'

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.