May 2014 ~ Mysura's Diary

Assalamualaikum.

Hello there! I am Maisurah Mazhar; 20 years old in 2012. I am wannabe Chef / Entrepreneur. I'm a simple person with a simple life. I just want to thanks to Allah the almighty because give me life to live in this earth. Last but not least, thanks to people who love me and caring for me. Nice to meet you :)

Islam

Dear Allah, I don't know your plan for me and at times it can be scary. But I know you have a purpose for me and everything I am going through is for good reason. insyaAllah. Islam is my way of life.

Photography

Let your words be few, and your exposures many. Life is like photography, we develop from the negatives.

Food and culinary arts

Variety's the very spice of life that gives it all its flavor. Food taste better when you eat it with your family. Good food, good life.

Lifetime

friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means the memories last, even if contact is lost. Relationship because of Allah feels pure and sincere.

30 May 2014

dua-tiga, May. 530

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.




Segalanya Sudah Tuhan aturkan
Ini antara sebaik-baik rencanaNya
Momen yang dahulu aku kenangkan
Atas izin Tuhan, bersua setentang dua mata
Walau hanya sementara
Namun Alhamdulillah ‘ala kulli hal :')

*senyum*

Jika diberikan kesempatan untuk menulis sebuah buku.
Hanya tentang perjalanan hidup bersama dengannya.
Pastilah tak cukup untuk aku nukilkan. *haha* ;p

Terlalu banyak momen momen lepas bersama.
Yang aku sendiri kadang ternganga.
Merasai keajaiban ciptaan Dia.
Hanya kerana Rahmat dan kasih Sayang Nya.
Aku dipilih untuk melalui jalan yang sedia ada.

Entah kenapa.
Andai ada sesuatu yang luar biasa terjadi padaku,
Pastilah dia orang yang pertama.
Bukan kerna aku MAHU menjadikan dia yang pendahulu.
Tapi benda itu berlaku tanpa aku sedari.
Mungkin saja Allah aturkan sebegitu rupa untuk aku mengambil hikmah dari Nya.

Dan, aku tak banyak berkongsi cerita dengan sesiapa termasuk dia.
Pernah terlintas nak berkongsi,
Tapi mungkin aku tak biasa berkongsi dengan manusia. *sedih*
Kadang terasa nak berkongsi, sangat teringin.
Tapi aku bukan orang yang macam tu *kot*.
Hanya Yang Maha Memahami saja aku berkongsi. :')
*assiff kaka*

Syeikh Zainul Asri pernah kata padaku *ceyy*
"Kalau nak cinta dan kenal Allah, tapi tak dapat fikirkan bagaimana Allah (atas terhad ilmu dan pemikiran manusia), lihatlah alam ciptaan Dia, dan kita hanya perlu beriman padaNya. itulah yang dituntut sebenar-benarnya."

"Ya Allah, nikmatkan kami untuk melihat Zat Engkau di Syurga kelak."

Moga dia dijaga Tuhan

Sosok tubuh yang luar biasanya.
Ilmu yang aku pelajari darinya
Hanya dengan Rahmat Nya.
Bisa diri ini bertemu dengannya.
"Hanya kerana Kasih Sayang Nya kita bersua, maka apakah api itu layak untuk kita?"
"Sanah helwah, kakak"
sudah menjejak dewasa ya :'D
*alhamdulillah*
Moga menjadi Srikandi Islamiyah
yang dicinta Tuhan sentiasa.


ameen ya mujib




"kak, adik uhibbuk akak kerna Allah. Hanya LillahiTa'ala Jangan pernah lupakan saya ye, Adik akak yang pelik dan awesome ini *haha* dan doakan kebaikan saya sentiasa ya. InsyaAllah. Moga diakhirnya kita kembali bersua di Syurga Ilahi tempat yang MUNGKIN kita pernah bersua dulu kala... *ameen ya mujib*.. sila tuntut kek anda jika mahu.. *oho*" :')

Wallahu A'lam 

27 May 2014

Israk dan Mikraj - Mukjizat Rasulullah SAW

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

Israk Mikraj

Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. PeristiwaIsrak dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj 

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai phakitaidatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.  Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 


Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) 

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 


Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.


Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS. 

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.


Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaituSubhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya. 

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 


Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenanmemfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 

Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). 
Wallahu'alam bissawab.


#copypaste

Nota:
Segala salah silap & kurang adalah dr kelemahan sy sendiri yg faqir ilmu. Mohon ampun dan maaf.
*segala gambar diambil dari fb Darul Murtadza*

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

18 May 2014

Penuhi dengan Peringatan

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



Entah.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering merantau. Ke tempat yang aku tak pernah berkunjung. Namun, kadang juga bila aku sampai, terasa jiwa ini pernah bertandang ke tanah yang diberkati itu.

Entah kenapa.

Wahai diri, kenapa dengan kamu? Kadang aku risau dengan diri sendiri. “Kuatnya kamu ni, tengah sakit pun masih mencari Dia.”

AllahuRabbi, sungguh hanya Engkau yang tahu. Dan hanya sanggup merelakan masaku untuk Kamu. Dan jua terpaksa main tarik tali dengan soalan yang bertalu. Allah, ampunkan segala dosa-dosaku dan rahmatilah serta berkati dan redhailah apa yang aku laku. Andai masaku sudah tiba, Engkau angkatlah aku tika mana aku bersujud dalam keadaan bersuci dan beriman pada Mu. Ameen Ya Mujib.
Impian ku selagi hayat masih asa, ingin ku kunjung setiap #TamanSyurga dan #RumahAllah yang ada. Kalau bukan sekarang, habis bila?
**Hanya kerana #masa makin singkat, mungkin itu antara asbab.

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

04 May 2014

Hitunglah kesyukuran bukan menghitung kesukaran

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Cuba isi jawapan di bawah ini (sila jawab dengan jujur dalam hati kita masing-masing) :: 

1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
2. Allah itu MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul?

Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:

"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).

"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).

"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).

"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).


Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.

Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)
Jawapan versi Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...

Maa syaa Allah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.

Yakinlah!

Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dr Allah SWT.. 
Semoga BERSYUKUR kita bernilai ibadah..
Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.'

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.