March 2014 ~ Mysura's Diary

Assalamualaikum.

Hello there! I am Maisurah Mazhar; 20 years old in 2012. I am wannabe Chef / Entrepreneur. I'm a simple person with a simple life. I just want to thanks to Allah the almighty because give me life to live in this earth. Last but not least, thanks to people who love me and caring for me. Nice to meet you :)

Islam

Dear Allah, I don't know your plan for me and at times it can be scary. But I know you have a purpose for me and everything I am going through is for good reason. insyaAllah. Islam is my way of life.

Photography

Let your words be few, and your exposures many. Life is like photography, we develop from the negatives.

Food and culinary arts

Variety's the very spice of life that gives it all its flavor. Food taste better when you eat it with your family. Good food, good life.

Lifetime

friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means the memories last, even if contact is lost. Relationship because of Allah feels pure and sincere.

28 March 2014

Biodata Malaikat

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.


Assalamualaikum wbt.

"BIODATA MALAIKAT".

Nama : Malaikat

Lahir : Sebelum diciptakannya manusia.

Agama : Islam

Jabatan : Pengawal orang yang taat kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala.

Teman dekat : Orang yang tidur dalam keadaan suci.

Tempat tinggal : Arsy / Langit

Patner Kerja : Muslim yang ta'at

Agen : Waliyullah dan para ulama.

Kekasih Didunia : Orang yang selalu berselawat dan berdzikir.

Musuh : Iblis,orang kafir,zionis dll

Hobby : Mengajak kebaikan terhadap manusia.

Tempat favorit : Majlis ta'lim,masjid dan rumah-rumah yang dibacakan Al-Qur'an,Dzikir,Selawat dll.

Tempat yang dibenci : Tandas, tempat maksiat dan rumah-rumah yang didalamnya terdapat kemaksiatan 


Jurus Andalan :
1. Mengajak kepada kebajikan
2. Menanamkan ketaqwaan terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
3. Ikut Membaca Al-Qur'an bersama orang yang gemar membaca Al-Qur'an.

Pekerjaan :
1. Mengerjakan semua perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
2. Mendo'akan orang yang duduk menunggu waktu solat
3. Mendo'akan orang yang bersedekah dan berinfak dijalan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
4. Mendo'akan orang yang menjenguk orang sakit.
5. Mendo'akan orang yang mendo'akan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya.
6. Mendo'akan orang yang tidur dalam keadaan suci.
7. Mendo'akan orang yang duduk setelah selesai solat (ertinya berdzikir,berdoa dll).
8. Mendo'akan orang yang solat subuh dan asar secara berjama'ah.
9. Mendo'akan orang yang berada pada shaf terdepan ketika sholat berjama'ah.
10. Mendo'akan orang yang menyambung shaf yang kosong.
11. Mendo'akan orang yang bersahur pada bulan ramadhan.

SUBHANALLAH...
Semoga ALLAH perkenankan kita untuk
didampingi malaikat-malaikat-Nya,atas izin-Nya lah para Malaikat senang membantu kita.

Oleh karena itu,dekatlah kepada ALLAH,carilah ALLAH kalau mahu minta bantuan.mudah-mudahan bala bantuan dari Malaikat akan datang berturut2 atas izin-Nya. Aamiin.


Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

21 March 2014

#8 Tazkirah : Kerinduan Rasulullah saw

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


KERINDUAN SANG NABI SAW
“Jika seseorang sudah bisa merindukan Rasulullah
saw, bagaimana mungkin ia tidak merindukan Allah
swt, sedangkan yang ia rindukan ialah manusia
yang paling dirindukan Allah swt”

Kerinduan seseorang kepada sang Nabi saw telah di dahului oleh kerinduan beliau saw terhadapnya Sebagaimana di riwayatkan di dalam riwayat yang
tsiqah bahwa

"Rasulullah s.a.w ketika sedang duduk bersama
para sahabat berkata “Aku rindu… aku rindu…”,

para sahabat bertanya kepada beliau Saw,
“Siapakah gerangan yang engkau rindukan itu ya
Rasulullah?”

“Aku rindu kepada saudara-saudaraku..”, jawab beliau Saw

“Bukankah kami ini saudara-mu ya Rasulullah?”,
tanya para sahabat.

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian, namun aku sangat rindu kepada saudara-saudaraku”, jawab Rasulullah Saw.

Sahabat semakin penasaran dan sekali lagi bertanya kepada beliau Saw

“Ya Rasulullah, siapakah gerangan mereka yang
engkau panggil dengan sebutan ‘saudaramu’ dan
engkau sangat rindukan itu?”
Rasulullah Saww menjawab, 

“Mereka adalah umatku kelak, yang mana mereka belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku, tetapi mereka sangat merindukanku dengan tulus, ikhlas dan penuh rasa hormat kepadaku, mereka adalah orang-orang yang melanjutkan perjuanganku dan tidak jarang pula mereka meneteskan air mata karena menahan rindu yang sangat kepadaku, aku rindu kepada mereka dan aku ingin bertemu dengan mereka…”

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

18 March 2014

SUTRAH : Amalan sunnah

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


SUTRAH.

“Apabila salah seorang kamu sudah meletakkan sesuatu setinggi pelana unta di hadapannya maka solatlah dan jangan pedulikan siapa saja yang melintas di sebalik sutrah tersebut”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 499)

Sebahagian ulama menyatakan bahawa hukum meletakkan sutrah adalah sunnah, sebahagiannya menyatakan sebagai sunnah yang sangat-sangat dituntut, manakala sebahagian lagi menyatakan sebagai wajib. Ini adalah antaranya berdasarkan kepada dalil hadis sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu (r.a.), ia berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Janganlah kamu solat kecuali memasang (meletakkan) sutrah dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu. Apabila ia tetap berkeras, maka lawanlah dia kerana dia ditemani syaitan”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 820)

Bila sebut 'sutrah', ramai yang tercengang dan bertanya balik 'apa tu?'.

Agak asing bunyinya. Realitinya, ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang kerap kita lupa. Sutrah adalah penghadang yang diletakkan di hadapan kita ketika menunaikan solat..

Banyak hadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai amalan bersutrah dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, jom budayakan kembali sunnah menggunakan sutrah ini.. Moga Allah menerima kesempurnaan solat kita in-shaAllah..


Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

17 March 2014

#7 Tazkirah : 6 Perkara yang Allah sembunyikan

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.


Assalamualaikum wbt.

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…

” Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

07 March 2014

Wudhu

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


''Allahumma shalli wa sallim 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad''.

Ketika Ambil Wudhu Niatkanlah dalam hati :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH,putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu"

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya ALLAH, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti"

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa2 aku"

Note :
〃 Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 saja dulu pun tidak mengapa.

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan status ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin.



Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.