"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful"
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.
Assalamualaikum wbt.
Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com
Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.
Assalamualaikum wbt.
Saat seorang guru mengajar dan meminta izin untuk pergi dan saat anak muridnya diminta sebagai pengganti sementara, sungguh menguji bila mana sedar yang datang menuntut ilmu itu lebih lunak suaranya dan bacaan yang tartil-mengalahkan aku.
Terpana sementara mendengar ayat dari kalam suci yang dibacakan oleh seorang hamba yang masih dini.
Terpana-menangis-mengharap- untuk jadi sepertinya menjadi kebiasaan.
Lebih-lebih lagi bila Furqan tersemat bukan sekadar di helaian tapi di dalam hati mereka.
Dan saat diri bertandang ke tempat mulia, seorang marhaen tertunduk melutut saat pembesar suara melontarkan vokal aksara yang telah diperdengarkan sebelumnya perbicaraan.
Untuk segala rasa itu memang sukar ditafsirkan.
Apatah lagi keinginan untuk menjamu menjadi tanda tanya.
Maka bersujudlah padaNya, bertahajud dan bertahmid moga sentiasa diberi petunjuk kebaikan yang mengiringi bersama.
Pagi dan petang ada bezanya, begitu juga pada bulan dan matahari. Mungkin tanggungjawab yang sama tapi caranya berlainan.
Begitu pun sama antara yang pergi dan tidak.
Mereka sama; tetap manusia dan tetap hamba.
Cuma perbezaan antaranya; pemilikan jiwa yang berlainan.
Dan mana yang mendapat hidayah dari Allah? yang berjalan menggunakan kepalanya, atau yang berjalan menggunakan kedua belah kakinya dengan teratur?
Kita semua tahu, cuma kadang malas nak ambil tahu kerana dunia ini terlalu enak untuk dinikmati.
"Ya Allah ampuni segala dosa-dosa kami. Sedang kami selesa disini; kami masih bermaksiat kepadaMU, jua tanpa sedar kami menindas orang yang beriman, bukan itu sahaja kami tutup mata pada korupsi dan ada diantara kami yang telah keluar dari agamaMu yang suci, serta kami lupa pada saudara kami di tanah yang Engkau berkati."
Kita semua manusia, pasti dan pasti ada sahaja salah lakunya.
Boleh dikatakan mudah kita menjadi hamba yang ingkar padaNya.
NAMUN, Allah berfirman dalam kebanyakan ayat sucinya, bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka janganlah pula berterusan melakukan dosa.
Tinggalkan maksiat dan berhijrahlah kerana Allah dan RasulNya.
Moga kita antara hambaNya yang bertaqwa.
Allahumma solli wa sallim ala nabiyyina Muhammad
#jumuahmubarak #alKahfi
Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com
Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.
Comments