Peribahasa - maksud dan contoh ayat. ~ Mysura's Diary

tarikh islam mohon ditolak sehari atas sebab-sebab gadjet yang bermasalah. terima kasih :)

25 August 2009

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa.

Definisi Peribahasa

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi  serta mempunyai pengertian  yang tertentu.

Makna Tersirat

Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Tujuan  atau Peranan Peribahasa

Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus.

Jenis-jenis Peribahasa

  1. Perumpamaan
  2. Simpulan bahasa
  3. Bidalan
  4. Pepatah
  5. Kata-kata Hikmat
------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada air adalah ikan.

Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada gula adalah semut

Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air dicencang tidak akan putus

Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air pun ada pasang surutnya

Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air sama air, sampah ke tepi juga

Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah bisa, tegal biasa

Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah membeli, menang memakai

Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah sabung, menang sorak

Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.

Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain

Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 

Contoh Ayat : "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 

Contoh ayat: Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan bahawa keputusannya begitu teruk sekali. Sedangkan semuanya indah khabar daripada rupa, keputusan Ali sangat memberangsangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. 

Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang lupakan kulit apabila Najib mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 

Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman Bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 

Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE:

Ada udang disebalik batu
Maksud: Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.
Contoh ayat: Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang.  Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melentur buluh biar dari rebungnya
Maksud: Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh dan dinasihati.
Contoh ayat: Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlaq yang baik dari kecil lagi.  Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan.  Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu.  Kegigihannya ibarat hangat-hangat tahi ayam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diam-diam ubi
Maksud: Melakukan sesuatu (yang baik) dalam diam-diam tanpa disorakkan kepada orang lain.
Contoh ayat: Diam-diam ubi, anak Cik Mar mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan kebangsaan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menjaga tepi kain orang
Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.
Contoh ayat: Jiran-jiran tidak suka bergaul dengan Mak Minah kerana dia suka menjaga tepi kain orang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

I suke la U punye peribahase nie...
tmbah lgy bnyak ye lengkali...
like .. like !!!

Thanks, i appreciate what u had done, it help me in my homework :-)

Tambah banyak lagi pls... tq atas jasa kamu ;-)

Tambah banyak lagi pls... tq atas jasa kamu ;-)