Skip to main content

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



Biiznillah..
Biiznillah..
Biiznillah..
(dengan izin Allah)
Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh.
Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh.

Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan.
Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan.

Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya.
Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya.

Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain.

Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup di dalam api. Setahu kita, api bersifat panas dan membakar. Akan tetapi tidak kepada Nabi Ibrahim. Dirasakan baginda api itu dingin dan tidak langsung membakar batang tubuhnya.

Saya juga melihat.. bagaimana dalam kehidupan, kita menyaksikan sepasang kekasih yang bercinta, merancang perkahwinan dan menunggu detik indah bersama, tetapi dipisahkan dengan maut beberapa hari sebelum diijab kabulkan.

Atau mungkin, si teruna ditinggalkan si dara.. atau sebaliknya.. padahal bagi dirinya, dia sudah berjumpa dengan pilihan hati. Maka bertandanglah kesedihan dalam hatinya. Berusahalah dia memujuk dengan pelbagai cara. Pilu hatinya berhari-hari, mungkin makan tahun.

Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.
Inilah yg ingin sy katakan. Ingin sy ingatkn diri sy.. kerana sy jg pernah bersedih ditinggalkan mereka. Dalam hal yg lain, sy juga pernah bertanya, mengapa ini terjadi.. kalau ia begini, pastinya jadi begitu.. jika tidak buat begitu, perkara ini tidak berlaku.. 

Apa yg berlaku, adalah Biiznillah (dengan izin Allah). Maka yakinlah DIA tidak zalim, tidak akan memberi sesuatu yg tidak berfaedah kpd hamba DIA. Jika ubat itu tidak menyembuhkan, maka sakit itulah penghapus dosa.. dan rintihan kesakitan bersama doa pengharapan itulah jalan yg mendekatkan kita kepada DIA. Sungguh DIA berbangga dgn para malaikatNya tatkala hamba bermohon kepada DIA.

Jika ketekunan belajar itu dibalas dgn kegagalan, maka yakinlah kegagalan menyebabkan kita belajar cara untuk berjaya.. menambahkan lagi ketekunan dan memberi rasa nikmatnya apabila kejayaan diperoleh hasil usaha yang bersungguh-sungguh.

Bila kasih terhenti di tengah jalan, ditinggalkan dia.. samada maut ataupn pilihannya, maka lihatlah kembali diri kita. Mgkin belum cukup bersedia. Atau mgkin baik kita, atau dia menjadi lalai kepada DIA dalam buaian cinta serakah kita. Juga bukan mustahil, DIA sediakan kita seorang bidadari dunia yg elok pekertinya.. untuk kita sebagai hadiah dari DIA. Alangkah baiknya juga kalau digantinya kita dengan syurga dan isinya.. sesungguhnya kekal di dalamnya.

Demi sesungguhnya, sy mesti yakin.. setiap usaha, akhirnya Biiznillah juga.

Biar sy perincikan maksud sy supaya tidak disalahertikan.
1. Usaha dan perancangan setiap perkara adalah wajib kerana setiap sesuatu ada asbab (sebab terjadi) dan sunnatullah (peraturan yang ditetapkan sesuai dgn sebab yg dijadikan Allah).
2. Penyudah segala usaha, atau hasilnya adalah Biiznillah. Mungkin tidak terjadi seperti yg kita harapkan dan mgkin lain daripada sunnatullah (macam contoh cerita Nabi Ibrahim).
3. Keyakinan mesti diletakkan bahawa DIA telah menetapkan sesuatu yang baik untuk kita samada kita menyukainya atau tidak. Mungkin yg tidak disukai adalah yg terbaik.. siapa tahu.

P/s: catatan untuk peringatan diri. tulisan asal dari MZKE.blogspot. Saya hanya hamba Allah yang ingin berkongsi dengan anda semua. InsyaAllah, dapat dimanfaatkan bersama untuk mencapai redha Ilahi bagi mengejar kehidupan yang abadi bersama Kekasih Mu Ya Rabbi. InsyaAllah, biiznillah...

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com Fight-oh OH! (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal