Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Design

Rasa yang mendekat

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Bukan kerna aku orang yang mulia jauh sekali sempurna namun hamba pendosa.  Bukan kerna aku tidak sedar pada nya, namun sering ku lupa - pada diri sendiri.  Acapkali saat lontaran kata dan persoalan, bukan bermakna aku inginkan penjelasan namun kekuatan moga aku tidak terus futur dalam kehidupan.  Kadang ku terpana pada kata dan tulisan yang seakan sama pada situasi yang sedang berlaku - pada diriku.  Bukan magis, bukan pelik, tapi fitrah yang sering lalai dan lupa pada makna sebenarnya.  Sebenarnya aku yang bermasalah sedang si dia tetap memberi kata kesedaran.  Bukan tidak mengerti tapi sentiasa lupa yang kita semua adalah serupa - sedangkan kita semua berada dibawah langit Tuhan.  Tatkala mutiara ditubik dan jatuh menjunam, bukan hanya semata rindu yang dipendam, tetapi j...

Sukar menafsir rasa

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Saat seorang guru mengajar dan meminta izin untuk pergi dan saat anak muridnya diminta sebagai pengganti sementara, sungguh menguji bila mana sedar yang datang menuntut ilmu itu lebih lunak suaranya dan bacaan yang tartil-mengalahkan aku.  Terpana sementara mendengar ayat dari kalam suci yang dibacakan oleh seorang hamba yang masih dini.  Terpana-menangis-mengharap- untuk jadi sepertinya menjadi kebiasaan.  Lebih-lebih lagi bila Furqan tersemat bukan sekadar di helaian tapi di dalam hati mereka.  Dan saat diri bertandang ke tempat mulia, seorang marhaen tertunduk melutut saat pembesar suara melontarkan vokal aksara yang telah diperdengarkan sebelumnya perbicaraan. Untuk segala rasa itu memang sukar ditafsirkan.  Apatah lagi keinginan untuk menjamu menjadi tanda tanya.  Maka bersuju...

Rindu - kerna semasa hayat ia sentiasa ada

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Jari jemari disusun rapi.  Tangan digenggam agar ia sentiasa disisi.  Perkara yang cukup dirindui, kerna semasa hayat ia sentiasa digenggaman ini.  Bukan mengatakan tidak redha pada perpisahan, namun kerna kerinduan yang tersimpan setelah lama ia pergi meninggalkan.  Mengatakan rindu bukan kerna bait-bait aksara nama jauh dari doa.  Namun kerna hati masih lemah pada rasa yang menggugah.  Pun jua pada bai'ah dan materialistik kehidupan yang dipenuhi dengan imbasan memori yang lampau.  Kerna hati teringin untuk meminta akannya.  Tapi rasa tak layak atas kesilapan yang pernah dilaku.  Kerna aku cuma manusia.  Kadang melihat bulatan yang penuh gembira itu membuatku sentiasa meronta fikiran, pada hatinya setiap insan.  Pun aku hanya mampu tersenyum dan ter...

Ramadhan akan pergi, Salam Aidilfitri - 1435H

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Bismillah. Lihatlah dedaunan kekeringan jua. Gugurnya jatuh dan rapuh. Layu dan tidak berguna. Begitu juga pada jiwa manusia. Sampai masa usianya kan menjemput pergi Kesannya tiada makna lagi. Maka janganlah terleka hingga ke akhirnya. Kutiplah bekalan yang masih berbaki masa. Agar dirimu dapat berjumpa pada yang Maha Kuasa. Dalam jiwa yang tenang dan redha. Sungguh ajal tak mengira usia dan masa. Setiap jiwa sudah ditakdirkan saat kematiannya. Sudah tertulis pada Kitab Ilahi. Dan ia amat mudah bagi Dia, Ya Rabbi. Sedang ku dalam lamunan risau pada datangnya yang PASTI. Terusku beristighfar mengutip pahala Ilahi. Seusai siap santapan sahur yang berbaki. Tiba-tiba dikejutkan pada jiran disebelah ini. Pada kematiannya pada malam terakhir ramadhan ini. Aku senyum aku sayu Apa pula kesudahan...

Ceriakan PC anda...

Hari ini saya nak kongsikan pendapat saya tentang menceriakan PC atau Laptop anda. Selalunya korang akan gunakan background yang biasa2 and Lopek pada PC anda seperti contohnya: Jadi hari ini saya nak bagi FREE download gambar yang menarik untuk menceriakan PC anda. Kalau tak faham, ada gambar sebagai rujukan atau boleh komen di bawah.Tapi gambar ni saya buat guna laptop kecil bersaiz 10', kalau tak dapat apa yang korang nak, minta maaf yer.. atau saya boleh suggest korang wat sendiri wallpaper ni..bukan susah pun erk.... Saksikanlah.... ( Jika nak download cuma kena bayar klik pada gambarnye..ok..!! =P -Yang ni saya ambik dari website http://lilformers.com ...leh download macam2 kat sana...Dan walpaper ni yang memberikan saya idea untuk buat post pada hari ni.. Thanks -Yang ni pulak ambik dari layout blog..ehehhe.. website : http://blogskins.com -Gambar dari moyang kerepot pakcik Google..and saya edit supaya nampak lebih PURRfect... -Yang ni pulak ambi...