Skip to main content

Recipe dan Realiti



















Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur masih lagi diberikan peluang untuk hidup
Hari ni saya nak share recipe Cream Caramel.
request drpd seorg sahabat FB saya (wawa) :D

Maybe recipe ni dah lama kan. tapi share je lah. sharing is caring en.
Harap penyampaian sy dapat difahami.
Bila dah tau tu , jgn lupa buat yer. Baru lah betul2 dpt tahu yg kita ni sebenarnya fhm tau dok. dok?
Ok lah, tnpa membuang masa lagi..

















Bahan2 :
-Gula (untuk caramel) 120gm [tp memandgkan sy xde penimbang saya agak dlm 12 sudu teh / tbsp]

-Gula  120gm
-susu UHT 250ml [nak senang, beli satu kotak susu yang saiz kecik mcm dlm gambar sbb mmg 250ml]
-telur 4 biji
-essen vanilla 1 sudu teh [nmpk cam bykkan, xpe ikut masing2. Saya mmg suka essen ni..hihi]

















Ok, dah tahu bhn, kita teruskan dengan cara2 nya pula.
mudah sahaja, jgn risau ;)

Pertama : caramel kan gula. Cara dia letak je gula atas pan non stick. Ingat yer, gula tersebut jangan dikacau atau diusik. Biarkan sahaja sampai cair berwarna coklat keemasan. Cara nak sebatikan gula tersebut adalah dengan mengerak-gerakkan pan tersebut. Ingat! jangan diusik guna sudu. Nanti gula tersebut boleh rosak. Oh ye. pastikan juga pan tadi betul2 kering. jgn basah. Kalau tak, gula tersebut akan berbuih (rosak ok). Faham? bagus..


Kemudian, bila gula tersebut sudah cair keseluruhan (jgn terlalu lama sampai hagus yer), tuangkan pada mold. Saya guna mold kecik yang mmg sesuai wat puding.


Ok, sekarang ni masukkan mold tersebut dlm chiller. Chill ok. jgn gabrah2. tak mau tak mau. Tak bagus tau. Tak baik punyer..~ ceh .. annoying -.-

Kedua, nak buat cream dia pula. Campurkan susu UHT, gula , essen vanilla dan telur pada suhu api yang tersangatlah rendah. Jgn besarkan api yer. Ingat! sentiasa kacau hingga sebati. jangan kacau ganas2! Chill man! Chill! Perlahan-lahan suda la.. aduiyyai..

Jangan terlalu lama pula. Sbb? kalau awak biarkan dlm kepanasn terlalu lama, telur yang ada dalam campuran tersebut akan masak. You know what I mean? yes! Overcook! tulah yang sy nak cakap tu. Thanks :D

















Ok, sekarang ni bila campuran tadi tu dah siap, ianya haruslah ditapis dahulu yer. Lagi banyak tapis, lagi tinggi kualitinya. Sebabnya, pasti banyak keladak dalam tu kan. dan kadang2 telur tu overcook. So, nak senang haruslah ditapis. Ok? Alright~ :D

Sekarang ni, bila campuran tadi dah ditapis, masukkan dalam mold yang sudah diisi dengan gula caramel (yang sebelum ni).

















Ok, bila dah setel semua, masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit.

















Oh ye, jangan lupa waktu bakar nanti pastikan cream caramel tersebut dibakar dalam takungan air. Err, faham dok? Ok, macam ni, Ambil satu loyang, isikan air dalam tu (separuh) kemudian masukkan mold cream caramel kedalam loyang tu. Faham? bagus :D Sebab? Bagi memudahkan ianya masak keseluruhan. Kita tak mau lah nanti yang bahagian atas je yang masak kan? so dengan meletakkan air, Ia dapat membantu untuk masak sepenuhnya, keselruh bahagian. Bak kata Maria Elena, CIRCULAR MOTION. haha~



Ok2...biarkan sampai dia siap. Kalau nak tahu dah siap atau tak, yang bahagian atas tu mcm keras sikit (tough). Bukan lembik sgt mcm air yer, dia akan keras mcm puding. Faham? Bagus~ :D

Bila dah siap, bolehlah masukkan dalam chiller. Lagi lama duk dlm chiller lagi sodap~ tak caya? boleh cuba :)

Ok, sekarang kalau nak keluarkan cream caramel tersebut daripada mold tu ada kaedahnya. Jangan ketuk or baling ok! Chill man! Chill! -.-
Caranya, ambik pisau (saiz kecil), kemudian potong di bahagian tepi sampai ada air gula (yang berwarna coklat keemasan) tu terkeluar. Itu maknanya dah ok lah tu. Hihi.
Sekarang ni, sediakan pinggan, picit secara perlahan ditepi cream caramel tersebut. Ianya pasti akan keluar. Ok? :D

Beberapa perkara yang perlu diambil kira :
1. Jangan biarkan ianya berbuih. Ianya akan merosakkan dan mencacatkan kecantikan (wajah) cik cream caramel tersebut.
2. Pastikan Gula dalam campuran betul2 cair (dissolve). Kalau tak, cik cream caramel akan tumbuh jerawat yang sangat ngeri T_T
3. pastikan buat dengan lemah lembut. Jangan ganas! Chill man! Chill! ayoo~ -.-
4. buat dengan penuh rasa kasih sayang. Ok :D
5. lepas dah buat, pinggan jgn lupa basuh! jaga kebersihan! Faham!? Bagus :D

banyaknya ayat yer, penat dah adik menaip -.- huh~

Oh ye, kalau nak tengok hasil Cream Caramel ni, leh tgok kat post sebelum ni [cik anggun dan cik cream caramel] :D

Ok~ tu je. 

Haa..nak kongsi lagi satu recipe yang simple mimple.... (err -.- apa2 jelah!)
Namo eh, roti telur bako (sempena filem hantu kak limah [kita bako je!! wee~]) haha~
sangat mudah..

Bahan : 
roti 2 keping
telur 1 biji

cara eh :
1. buat lubang pada 1 keping roti 
2. sapukan mentega pada lagi 1 keping roti (yang tidak berlubang).
3. cantumkan kedua-dua roti tersebut.
4. pecahkan telur dan letak pada tengah2 roti (lubang roti tersebut)

















5. leh letak sedikit lada sulah pada telur.
6. bako! dalam oven selama 8 minit pada suhu 180 darjah celcius. (ikut oven masing2 yer)
7. dah siap, keluarkan dan makan bersama sos chilliE

















Hmm...
kalau makan time tengah tengok Jaguh Kampung atau Master Chef Malaysia mesti syiokk~
en?

hihi~



















Ok lah, dah banyak sgt menaip ni. Dah kejang tangan. :D
ada masa kita jumpa lagi..
Assalamualaikum.. Wa'alaikumsalam..

















p/s: teringin nak masuk realiti show masakan. haha :D [perasan je lebih -.-]


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com 


Fight-oh OH! (^_^)

Comments

wah kena try ni resepi ni :)
Mysura said…
@farid haron: cuba jangan tak cuba. sangat simple dan mudah :D
aboyandnick said…
thanks for the add...
If ada masa boleh tengok2...
Dekati kami Chef Muda di Dapur Bujang
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/
Medan pertemuan yang menjanjikan keseronokan.
Kami akan berikan resepi terbaik juga info-info menarik untuk di kongsikan bersama anda.
Bertemu kami Chef Muda Aboy dan juga Chef Muda Nick di sini.
Harap kita dapat berkongsi lebih banyak lagi
if rajin follow la blog kami ni... terima kasih...

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...