Skip to main content

BI wajib lulus SPM...

Mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM telah menjadi buah mulut pelbagai pihak sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi, usul ini telah menjadi perhatian lebih ramai pihak yang tidak dapat menerima perubahan pada tahun ini. Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, perlulah menanam sikap proaktif dalam diri supaya menjadi seorang manusia yang tidak lekang mencari ilmu dan seterusnya menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlulah bersetuju bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

Sebagaimana yang kita ketahui, Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa amat penting untuk kita dalam memajukan negara Malaysia. Bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai bahasa pengantaraan antara negara. Negara Malaysia sebagai pengeksport bahan mentah seperti kelapa sawit perlulah mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya negara atas angin dapat menerima keupayaan kita dalam bidang yang diceburi seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Sebagai contohnya, pemandu pelancong perlulah mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya pelancong tidak menghadapi masalah komunikasi yang seterusnya akan menjatuhkan sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, Bahasa Inggeris amat penting dalam meningkatkan ekonomi negara Malaysia.
Dalam bidang keilmuan, Bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai bahasa yang terpenting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Buku-buku ilmu pengetahuan yang terdapat di universiti atau di perpustakaan selalunya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Jadi, seseorang pelajar mahupun orang biasa perlulah mempunyai kemahiran dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah begitulah yang sentiasa diharapkan oleh sesiapapun yang inginkan kejayaan dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam meningkatkan kemahiran diri. Sebagai contohnya, pelajar yang melanjutkan pelajarannya di luar negara perlulah mahir dalam menggunakan Bahasa Inggeris supaya tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran yang seterusnya akan mengakibatkan pelajar tersebut gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu, ibu bapa perlulah melentur buluh biar dari rebungnya supaya tidak menjadi seperti nasi telah menjadi bubur.

Seterusnya, Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi (ICT) perlu diberi perhatian kerana kita sedang melangkah ke abad-21 yang mementingkan penggunaan ICT. Pembelajaran secara maya yang sedang berkembang di negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan amat mementingkan penggunaan ICT. Tanpa ilmu tentang penggunaan ICT, seseorang itu pasti akan menghadapi kesukaran dalam penggunaan ICT. Secara praktikalnya, ICT pada masa sekarang ini sering menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan. Sebagai contohnya, pencarian maklumat menggunakan komputer melalui internet amat menjerumus dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Oleh itu, penggunaan Bahasa Inggeris dalam dunia ICT berkembang dengan meluas dan amat penting untuk semua orang kerana kita sedang menuju ke arah pembangunan moden.

Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diteruskan dalam menyokong penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan Bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains meningkat secara mendadak kerana pelajar lebih mudah menjawabnya dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik amat digalakkan kerana lebih mudah untuk difahami.

Secara kesimpulannya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam setiap peringkat pendidikan perlu dimantapkan agar negara Malaysia dapat mengecapi kejayaan yang lebih banyak. Secara amnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains membantu kebanyakan pelajar dalam meningkatkan pelajarannya yang menggunakan Bahasa Inggeris seperti Fizik, Kimia dan lain-lain. Sebagai mana yang kita ketahui, penggunaan Bahasa Inggeris amat penting pada masa ini. Mencari kerja yang memerlukan kemahiran serta pengiktirafan yang dimiliki memerlukan kemahiran dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Ini kerana, negara kita yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara barat, memerlukan kemahiran dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan. Oleh itu, mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai mata pelajaran wajib Bahasa Inggeris yang seterusnya akan membantu pelajar dalam menghadapi subjek yang menggunakan Bahasa Inggeris.


Sumber : Maisarah Mazhar





Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...