Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Karangan

BI wajib lulus SPM...

M ata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM telah menjadi buah mulut pelbagai pihak sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi, usul ini telah menjadi perhatian lebih ramai pihak yang tidak dapat menerima perubahan pada tahun ini. Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, perlulah menanam sikap proaktif dalam diri supaya menjadi seorang manusia yang tidak lekang mencari ilmu dan seterusnya menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlulah bersetuju bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Sebagaimana yang kita ketahui, Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa amat penting untuk kita dalam memajukan negara Malaysia. Bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai bahasa pengantaraan antara negara. Negara Malaysia sebagai pengeksport bahan mentah seperti kelapa sawit perlulah mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris ...

Contoh Karangan:Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja G ejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006. Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan. Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas...

Contoh Karangan.....Masalah Disiplin ^-^

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar . Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya . Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementa...