Skip to main content

After hardship come ease - Korea part 2

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.

Kita bersua kembali, terima kasih untuk masa kalian yang sudi membaca nukilan di blog ini :) Jadi marilah kita sambung kembali kisah perjalanan di bumi Korea.

Link ke postingan Korea part 1  
Link ke postingan Korea part 2
Link ke postingan Korea part 3

26 Mac 2019:
Pukul 7 pagi kami bersiap untuk menjamu selera sarapan pagi di buffet hotel. Tapi tidak banyak pilihan makanan untuk dijamah kerana pilihan makanan halal yang tidak banyak, jadi kami hanya mengambil roti, cereal dan minuman panas. Ramai makcik dan pakcik yang sudah tua makan di hotel tersebut, saya boleh agak melalui cara mereka, mereka adalah tourist dari china dan juga korea sendiri.

red Pine - tidak disarankan

Jadi selepas sarapan pagi kami terus ke kilang pembuatan ubatan kesihatan Red Pine, kami tiba dalam pukul 8.30 pagi dan didalam sana kami mendengar penerangan dari staff2 disana. Jangan terkejut, di kilang tersebut ada warga Malaysia yang bekerja disana jadi tiada masalah bahasa untuk ditutur dan bertanya. Di dalam Red Pine tidak dibernakan mengambil gambar. Mereka cuba menjual produk mereka yang agak mahal harga malaysia cecah ribuan jadi saya sarankan tak perlu lah membeli disana walaupun cara mereka bercerita tentang kebaikan ubatan itu. Jadi dengar sahajalah kerana saya beli produk mereka, namun tiada apa perubahan cumanya badan makin sakit adalah lol.




Kemudian kami pergi pula ke kedai jualan barangan kosmetik, kami tiba disana pukul 9.30 pagi. Disini banyak barang keperluan kosmetik bagi mereka yang sangat menjaga kulit wajah. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli barang keperluan anda disini. Selepas shopping barangan kosmetik, kami singgah untuk menjamu selera makan tengah hari di restoran halal korea dan terus berangkat ke Seoul Tower dan tiba di menara tersebut jam 12.40 tengah hari.

Makanan tengah hari kami

seoul tower

seoul tower view from above

heading back to bus
Seoul tower ni agak menarik untuk ziarah, disamping mengambil gambar pemandangan, mereka juga ada menyediakan kedai dimana mereka menjual barangan souvenier, convenience store dan juga kedai kopi kalau perlukan minuman panas. Ada juga jual kek di kedai kopi tersebut namun tidak pasti mereka menggunakan bahan yang halal. Kemudian kami terus ke Korea House dan tiba jam 2.23 petang dimana mereka menjual produk halal korea seperti seaweed dan barangan kosmetik yang lain. Di Korea house mereka juga menyediakan kelas singkat cara pembuatan kimchi (jika melalui travel agent kerana sudah berurusan untuk hadir) dan juga memakai pakaian traditional rakyat korea iaitu hanbok.

korea house

hanbok pakaian traditional rakyat korea

Selepas berpenat mengambil gambar di korea house (excited ambil gambar banyak kerana memakai pakaian hanbok) kami terus ke KOrea tourism information untuk solat jama asar dan zohor. Ruangan dia tempat solat tersebut sangat kecil hanya muat 3 orang, jadi kami bergilir. Ketika kami sekumpulan datang untuk menunaikan solat, ada pula kumpulan lain dari travel agent yang lain datang untuk solat disana. Bayangkan satu kumpulan lebih kurang 10 orang keatas masing2 ingin menunaikan solat dan berkejar untuk ke destinasi seterusnya.

Tourism information




Kemudian seusai solat, kami meneruskan perjalanan ke Namsangol Hanok Village dan tiba pada pukul 5.10 petang. Disini terdapat beberapa bangunan lama seperti istana zaman pemerintahan korea dahulu, mempunyai kawasan yang luas dan besar serta beberapa kawasan rumah contoh. Kami disini hanya mengambil masa 30 minit berjalan dan mengambil gambar di kawasan terdekat kerana tidak larat bergerak jauh lagi. Seterusnya kami Doota iaitu tempat membeli belah barangan murah. Ada pelbagai produk dan brand berjenama disana namun kami kebanyakannya beli barangan ole-ole untuk saudara mara dan sahabat handai. Kami di Doota dari pukul 6 petang sehingga 7 malam.

Pelbagai barang fashion yang cantik!

Doota

Luar kawasan Doota ketika menunggu bas
Selepas selesai membeli-belah, kami terus ke kedai makan untuk menjamu selera makan malam pula. Kami tiba di restoran Good Restaurant pada pukul 7.30 malam dan terus kembali ke hotel pada pukul 8.30 malam.

Good restaurant

Kedainya dibawah tanah

27 Mac 2019 - Seoul

Hari ini Kami Banyak membeli-belah sahaja. Antara tempat lawatan kami adalah, Shinsegae Duty Free Shopping Mall (Mall barangan mahal) dan Namdaemun Market (Pasar fashion tepi jalan). Di Shinsegae Mall, barangan dan produk adalah mahal dan branded, jadi belilah apa yang diperlukan. Saya hanya membeli barangan original Line Friend disana kerana meminati kartun tersebut dan barangan tersebut jarang dijual dimana-mana dan tiada di Malaysia. Namdamun market pula menjual banyak pakaian copy ori, bermaksud mereka menjual brand seperti supreme tetapi dengan harga mampu milik. Kualiti barang mereka agak bagus pada pakaian brnd copy ori, barangan fashion seperti baju tshirt seoul juga agak murah jika boleh ditawar harga. Kualiti baju begini juga baik tidak seperti baju made in china. Kami juga sempat ziarah Seoul Central Mosque untuk menunaikan solat disana. Di kawasan masjid tersebut, terlalu banyak gerai dan kedai makan muslim, dari masakan india ke masakan melayu dan arab pasti ada sahaja jenis masakan yang di jual. Pada malam hari pula kami sempat singgah di Myung-Dong street untuk terus sesi membeli belah disana, yang menariknya, kawasan ini penuh dengan street food. Dan yang menariknya lagi, ada sesetengah street food yang meletakkan logo halal di kedai mereka.


Shinsegae Mall

Namdaemun Market

Namdaemun Market

Myung-dong street

Halal Restaurant near mosque

more halal restaurant

Seoul Central Mosque

Allahu Akhbar!

Selesai Sahaja sesi membeli-belah hari ini, kami terus pulang ke hotel untuk berehat.

Baiklah itu sahaja buat postingan kali ini, tunggu untuk bahagian ketiga dan terakhir korea travel saya. Terima kasih kerana sudi membaca di blog saya. Semoga bertemu kembali :)



Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Unknown said…
Do you understand there's a 12 word sentence you can speak to your crush... that will trigger intense emotions of love and instinctual attractiveness for you buried inside his heart?

That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, please and protect you with all his heart...

12 Words Who Trigger A Man's Love Instinct

This impulse is so built-in to a man's brain that it will make him work harder than before to take care of you.

Matter-of-fact, triggering this influential impulse is so binding to getting the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of these "Secret Signals"...

...You will soon find him expose his soul and heart for you in a way he never expressed before and he'll see you as the only woman in the world who has ever truly attracted him.

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...