Skip to main content

After hardship come ease - Korea part 1

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur PadaNya masih lagi kita dapat bernafas dan terus melakukan amal kebaikan insyaAllah. Sudah hampir 5 Tahun Blog ini bersawang, tapi Alhamdulillah ada kebaikan dalam posting yang masih orang lain mencari. Terima kasih cikgu Ghalib kerana memberi kesempatan untuk kami membuka ruang blog sendiri untuk memberi dan mengajar tentang pentingnya bahasa melayu. ;)

Hari ni bertarikh 24 October, baru diberi kesempatan untuk menaip walaupun sudah beribu dan berjuta kali diri datang singgah hanya melihat (walaupun banyak draft pada posting tapi masih juga tidak diberi kesempatan untuk menulis) Nah kali ini saya hadir untuk berkongsi sesuatu.

selingan: 2016-2018 selama 3 tahun inilah saya berkelana di bumi australia, asalnya bekerja sambil belajar, banyak juga kisah suka duka, tapi itulah kehidupan. InsyaAllah teruskan mencari redha Ilahi dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan.

24 october 2019: Birthday of His Majesty, Sultan of Pahang
24 october 2019: Second printout Teme planner 2020, InsyaAllah ada rezeki boleh pre-order di web Imanshoppee.

Selepas menjejakkan kaki kembali ke bumi Malaysia, MayaAllah tak boleh bayangkan betapa rindunya dengan Tanah tumpahnya darahku ini. Dari awal tahun sehingga hujung 2019, banyak sahaja acara berjalan2 dalam dan luar negara, Alhamdulillah masih diberi kesihatan untuk berkelana.

Pada Bulan Mac 2019 saya dan ibu saya serta kawan2nya menziarahi bumi Korea. Kami semua mengikuti Travel agent dari TM Tours and Travel. Agentnya banyak ilmu dan banyak membantu kami sepanjang berada di bumi Korea. Disini saya akan kongsi gambar serta tempat yang kami lawati. Kalau ada yang nak bertanya boleh terus emel atau komen dibawah ;)

Baiklah, jom saksikan..

24 Mac 2019
Tiba di Incheon Airport pada pukul 7.15 pagi. Disini masih lagi musim sejuk jadi siangnya sedikit awal lebih kurang pukul 6 pagi matahari dah keluar dan magrib lebih cepat lingkungan pkul 5/6 dah masuk.

Incheon International Airport - Air Asia

Korea Map - Where am i

Baggage claim - Sesat sikit sebab banyak pintu

Dah keluar

TM Tour Travel with my Family 

Bus mini yang sangat selesa

Free Korean Water
Kat sini tandas tiada air dalam jamban jadi bersiap bawa botol untuk isi air ye. Memang keluar dari kapal terus masuk tandas sebab nak bersiap berjalan, jadi berus gigi pencuci muka semua memang ada dalam handbag jadi boleh terus bersihkan badan dan muka selepas tidur dalam penerbangan dari Malaysia. Kemudian bila dah ambil barang2 besar / luggage, terus ke pintu keluar untuk menaiki bas. Sementara tu, saya ke kaunter untuk beli data internet untuk kegunaan ketika di korea. Apabila bas tiba, kami terus bergerak ke arah Gyeonggi-do untuk melihat tempat menarik iaitu Petit France di Gapyeong.

Petit France panorama


Nice mountain view

Expensive hot drink
Disini pengunjung boleh beli pelbagai barang menarik dan antik, dan dapat bergambar seperti berada di eropah. Cuaca agak sejuk ketika kami sampai walaupun pada ketika itu pukul 10.15 pagi jadi bersiap bawa jaket dan sarung tangan. Minuman panas disini agak mahal jadi siap2 budget jangan terlebih membeli pada hari pertama! banyak lagi tempat yang menarik, jadi bertahan saja dalam cuaca sejuk dan banyakkan bergerak dan berjalan untuk panaskan badan. Kemudian kami terus ke restoran halal korea untuk makan tengah hari sebelum ke Pulau Nami / Namiseom Island.

immigration boarder
Where am i right now

lets board to Nami island


Pokok yang menjadi mercu tanda 

Siapa tengok cerita Kdrama tahu

awesome view

panorama

Dan kami berada di Nami Island selama 3-4 jam dari pukul 1 petang. Lama tapi tidak banyak tempat kami pergi kerana terlalu penat berjalan. Kawasan Pulau Nami ini sangatlah besar, Kalau ada duit lebih boleh sewa basikal. Jadi kami solat di pulau Nami Jama' Zuhur dan asar dan Surau disini sangat besar dan selesa, boleh tidur dan berehat dalam tu kerana cuaca diluar sangat sejuk. Selepas berpenat di pulau Nami, kami terus ke arah Gangwon untuk check in hotel dan sebelum sampai kami singgah untuk menjamu selera makan malam sebelum tiba di hotel.

Hanwha resort car park - balcony view


Hanwha resort - panorama

sampai di restoran untuk makan tengah hari

Makan Malam kami
Makanan tengah hari

Hotel Hanwha Resorts Seorak terbaik!

25 Mac 2019:

8 pagi kami bersiap untuk makan sarapan pagi. Di hotel Hanwha ni kami tinggal satu malam sahaja, sayang sebab bilik dia sangat selesa dan besar. Selepas sarapan, kami bawa luggage naik bas dan akan ke destinasi seterusnya iaitu Seorakson-ro Temple iaitu kawasan pergunungan. ada Temple besar disitu tapi sangat jauh jadi kami ambil gambar sahaja. Kuil budha itu sangat besar dan ketika itu cuaca sangat sejuk dan berangin jadi kami sediki selesema dengan cuaca begitu. sepatutnya ada kereta kabel yang boleh bawa kami keatas bukit untuk lihat pemandangan tapi disebabkan cuaca buruk mereka terpaksa tutup untuk waktu itu. Kami sampai di sana lebih kurang 8.40 pagi jadi boleh bayangkan cuaca ketika itu sejuk bagaimana dan ditambah berada di kawasan pergunungan yang tinggi.

kawasan pergunungan 

Seorakson-ro

Temple
Kemudian selepas 2 jam disana, kami terus naik bas pada pukul 10 pagi menghala ke destinasi seterusnya iaitu ke arah Everland yang memerlukan masa 3 jam perjalanan. Tapi sebelum sampai ke Taman Tema Everland, kami berhenti makan tengah hari di kedai Thai Halal di Gyeonggi-do berdekatan saja dengan Everland lebih kurang 20 minit perjalanan. Kami tiba di restoran Thai untuk makan tengah hari pada pukul 1.20 petang





Selepas menjamu selera kami terus ke Everland dan tiba disana lebih kurang pukul 2 petang. Everland sangat besar seperti disneyland, cuma di dalamnya pelbagai barangan atau brand korea. Ada juga Taman tema seperti roller coaster, taman bunga, sky cruise, safari world, spring garden, china moon, dan banyak lagi. Kami berada di Everland dari pukul 2 petang sehingga 6 petang, jadi 4 jam kami disana. Ada surau disana tetapi sangat kecil boleh muat hanya 3/4 orang sahaja dan surau ni hanya satu untuk lelaki dan perempuan. Jadi ketika kami disana, kami terus menunggu giliran untuk solat sementara perempuan yang monopoli. Lelaki kebanyakannya solat di luar berdekatan dengan surau tersebut.

tiket masuk

pintu utama

Everland ruang utama - panorama

sky cruise



scary roller coaster detected

Mini surau


Dalam Everland ni agak besar, jadi perlu ambil peta yang disediakan supaya tahu kedudukan kita berada dimana, dan kalau boleh ikutlah jalan bersama kumpulan kalau tidak boleh sesat dalam tu. Saya hanya ikut ibu dan kawan2nya, jadi saya tak boleh menaiki rides yang extreme seperti roller coaster. Jadi saya hanya naik kereta kuda yang pusing2 tu haha.


makcik tu sibuk nak frame dalam gambar

boleh sesat


peta



 4 jam kami dalam Everland ni penat juga berjalan. Disebabkan tempat besar jadi kami banyak berjalan perlahan sahaja dan mencari kerusi untuk bersantai sampai ambil gambar dan melegakan kaki dan badan yang keletihan.


kuda ku lari gagah berani




Kemudian pada pukul 6 petang kami terus ke restoran Gokane Seafood di Gyeonggi-do dan makan malam disana dan terus ke hotel untuk check in dan berehat. Hotel yang akan kami tinggal selama 4 malam nanti adalah blossom hotel. Hotel baru yang moden tetapi agak kecil saiznya. Kami habis makan malam lebih kurang dalam pukul 7.40 malam dan terus ke hotel dan berehat.




Agak panjang postingan ke korea ini, jadi saya akan update semula ke postingan seterusnya jadi sampai disini sahajalah untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi ziarah dan membaca di blog saya. semoga ketemu kembali ;)

Link ke postingan Korea part 1
Link ke postingan Korea part 2
Link ke postingan Korea part 3

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...