Skip to main content

Perihal cinta yang sebenar

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



~Cinta~

Engkau tidak akan pernah mengerti akan perihal cinta yang sebenar sehingga engkau belajar menghayati Sirah Nabawiyyah.. Sejarah Rasulillah s.a.w..

Pesanan ini buat diriku..

Sudah diberitakan, tidak dijadikan alam ini, melainkan kerana adanya Insan Agung Kekasih Allah Jalla wa 'Ala..

Dijadikan alam ini kerana itu, cinta-Nya terhadap Sayyiduna Rasulullah s.a.w. yang tinggi lagi mulia..

Nur/Cahayanya Muhammad s.a.w. yang menerangi seluruh Alam Maya dengan kehendak Yang Maha Esa..

Keindahan Cahayanya melimpah ke seluruh alam bersama Rahmat Sang Rabbul 'Izzati yang tak bertepi..

Jika mentari menyinari Bumi ini dengan cahayanya hingga terlihat segenap permukaan dan tampak segala makhluk yang terzahir di depan matamu..

Mentari meliputi alam dengan cahaya yang Allah kurniakan begitu.. Demi faedah cahayanya yang membantu makhluk lain bagi meneruskan kehidupan di Dunia..

Cahaya Muhammad s.a.w. itu jauh lebih mulia, jauh lebih indah daripada cahayanya mentari, jauh lebih besar manfaatnya di Dunia bahkan di Akhirat sana nanti..

Kerana ia bukan sahaja menerangi secara zahir, bukan saja di segenap alam hingga meliputi saraf tubuhmu, bahkan meliputi seluruh jiwa dan ruh makhluk Tuhan yang Esa..

Tetapi, insan yang terpilih sahaja yang dapat merasakan, menatap dan menghayati keindahan Cahaya itu..

Menerima cinta melalui cinta..
Moga kita yang terpilih..
Dalam mimpi mahupun nyata..
Zahir mahupun batin..
Di Dunia dan di Akhirat..

Dan kita berada dalam kelompok yang terselamat serta disuluh dengan Cahaya cinta-Nya..
Allah, sesungguhnya Tuhan-ku Maha Mengetahui..

Tentang cinta yang ada dalam hati ini.

Simpanlah ia kemas sekemas yang mungkin dalam hatimu...

Kerana itulah nanti yang engkau bawa demi kehidupan yang bahagia nan abadi di sisi setiap yang menyayangi..

"Cinta adalah perasaan, kelakuan, simbol, dan perlu diuar-uarkan. Oleh sebab itu, baginda Nabi Sayyiduna Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sekiranya salah seorang daripada kamu menyayangi saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu tentang hal tersebut.'- Syeikh Abdullah bin Bayyah - 

Original post at : Zamira Abdul Latip

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...