Skip to main content

Berfatwa atau berdakwah?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



Berfatwa atau berdakwah? "Apa beza memberi fatwa dan memberi dakwah? Orang yang memberi fatwa wajib seorang yang berilmu, dan berkedudukan dalam ilmu yang tinggi, tetapi untuk berdakwah, tidak diwajibkan ilmu kepadanya. Siapa saja boleh memberikan dakwah."

"Ianya sebagai satu wasilah untuk dia menyambungkan dirinya kepada Rasulullah ï·º untuk mengajak manusia kepada agama yang dibawa baginda Rasulullah ï·º. Seseorang boleh mengatakan, “Wahai manusia, hendaklah kamu solat, bepuasa, membaca Al-Quran, mengingati Allah سبحانه Ùˆ تعالى, menghubungkan silaturrahim, dan tidak disyaratkan ilmu padanya."

"Maka, yang memberi fatwa mesti orang yang alim, dan bukan orang yang jahil. Jika orang jahil yang beri fatwa, maka akan berlaku kepincangan. Untuk perkara dakwah, semua orang boleh untuk saling nasihat-menasihati antara satu sama lain, yang jahil menasihati yang alim, dan sebaliknya, rakyat menasihati pemerintah."

"Rasulullah ï·º memberikan nasihat bergantung kepada keadaan orang yang bertanya, oleh sebab itu terdapat jawapan yang berbeza walaupun soalannya sama."

"Seperti para sahabat sering berjumpa Rasulullah ï·º untuk meminta doa, walaupun mereka sendiri sudah dekat dengan Rasulullah ï·º . Suatu hari Rasulullah ï·º sedang memberikan khutbah di atas mimbar, dan seorang lelaki berkata, “Ya Rasulullah ï·º, doakan supaya kami diberikan hujan.”

"Rasulullah ï·º menyuruh, “Kamu doa dan kami akan aminkan.” Maka lelaki itu pun melakukan dan Rasulullah ï·º mengaminkan. Begitulah amalan umat Islam untuk saling mendoakan satu sama lain."

"Begitu juga pernah beberapa sahabat meminta doa daripada Sayyidatina Aisyah, dan beliau juga mengatakan, “Kamu doa dan aku akan aminkan.” Begitulah sejak zaman awal Islam, amalan meminta nasihat, saling menasihati dan meminta doa dan saling mendoakan telah menjadi amalan."

"Baginda Rasulullah ï·º juga pernah meminta doa daripada Sayyidina Umar Al-Khattab dengan mengatakan, “Tolong doakan aku wahai adikku yang comel”. Jadi, tiada masalah jika seorang guru atau Syeikh meminta doa daripada anak muridnya."

"Dia juga berkata walaupun kitab Ihya’ Ulumuddin boleh menjawab persoalan-persoalanku, tetapi hajatku ialah agar Syeikh (Imam Ghazali rahmatullah alaih) menuliskan nasihat dalam beberapa lembaran yang boleh menjadi peganganku sepanjang hayatku. Ini juga menjadi adat menuntut ilmu - mengumpulkan nasihat yang diberikan oleh guru, dan dikumpulkan untuk dijadikan amalan sepanjang hayatnya."

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf

Original post at : Raudhatul Muhibbin

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...