Skip to main content

Wahai orang yang beriman!

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.



Kau tahu, jika kau mudahkan urusan orang maka Allah akan memudahkan urusanmu. Kau tahu, azan itu bukan sekadar laungan tetapi mengingatkan #masa itu adalah masamu bertemu denganNya. Kau tahu, tidur lepas subuh itu akan menyempitkan rezekimu. Kau tahu, andai kau ingin dimaafkan, kau maafkan orang lain dahulu. Kau tahu, kau itu hamba dan selayaknya diterima seadanya oleh seorang hamba. Kau tahu, musibah itu teguran untuk sabar dan bala itu peringatan untuk kau taubat.

Kau tahu, ujian itu adalah nikmatNya untuk kau beroleh pahala sabar dan menjadikan kau lebih kuat. Kau tahu, Bila kau berhenti doa bermakna kau akan berhenti berharap. Kau tahu, sebaik-baik ikutan adalah Rasulullah ï·º. Kau tahu, dunia ini sementara dan yang kekal adalah akhirat Sana. Kau tahu, kau inginkan syurga dan cuba untuk mengelak dari terkena azab api neraka. Kau tahu, kau manusia yang bertimbun dosa dan kau perlu sentiasa meminta pengampunanNya.

Kau tahu, perkara dianggap biasa tapi berdosa adalah melengahkan solat tanpa sebab. Kau tahu, sebaik-baik wanita itu tidak melihat dan tidak dilihat. Kau tahu, berkata itu perak dan diam itu emas. Kau tahu, redha ibu bapa mu tanda Allah redha akan dirimu. Kau tahu, dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang tenteram. Kau tahu, yang lebih besar dari dosa mu itu adalah keampunan dari Allah. Kau tahu, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kau tahu, perkara paling dekat denganmu adalah kematian.

Macam-macam kau tahu, tapi dengan ilmu yang penuh didada itu adakah kau amalkan? Kalian berkehendak, mereka turut menginginkan, dan Allah itu lebih berkehendak. Cukuplah membuat dirimu menderita, cukuplah menjauhkan dirimu dari Dia. 

"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" 
(As Saff 61:2)



Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d