Skip to main content

Setiap langkah lelah itu ada ganjarannya dan habuannya syurga

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Setiap hari keluhan tak pernah hilang. Mengadu pada segenap laman. Hingga saatnya membuat jiwa terhuyung-hayang. Hingga merasa mau pergi dan menamatkan. Lalu bagaimana pula jiwa yang lainnya? Sedang mereka masih kuat dan aku semakin lemah? Cukuplah Dia tahu akan robeknya hati ini. Cukuplah hanya pada-Nya diadukan segala keresahan dan kesakitan ini. Kerna Dia sentiasa Maha Mendengar sedang aku mendengar nasihat pun masih memekakkan diri - kerna manusia Maha Zholim.

Sering mengharap kasih dari sementaranya perkara. Sehingga terbuai dan hampir membuat kefuturan jiwa. Lupa pada yang Maha Pengasih yang sentiasa ada. 'Kadang solat pun dia boleh tinggal, apatah lagi engkau?' Benar kehidupan ini penuh cabaran. Hingga tangisan darah pun pasti takkan selesai. Namun, lupakah dunia ini hanya sementara? Usah bazirkan hayat yang Dia pinjamkan untuk terus mengenang. Teruskan langkah penuh Mahabbah dan sakit penat lelah hanya kerna Allah dan Rasulullah.

Allah tidak menjanjikan hidup kita penuh kesempurnaan dengan nikmat. Dan begitulah hadirnya makna ujian dan cubaan. Untuk kita terus bertahan dan berusaha. Kerna setiap langkah lelah itu ada ganjarannya. Apa yang kita semua idamkan dan habuannya syurga. Jangan terleka untuk mengengam dunia hingga sampai saatnya lupa cara untuk lepaskannya. Jadilah hambaNya yang merasa sakit didunia sedang bahagia di akhirat bukan merasa aman didunia sedang meratap di akhirat. Jadi, apa pilihanmu? Bagaimana pula tujuan hidupmu? Ayuh kembali pada yang Hakiki.

Penuhi jiwamu dengan mahabbah kepada Allah dan Rasulullah, insyaAllah rindu terubat serta bahagia dunia akhirat. Allahumma solli Ala Muhammad.
#‎rindu‬


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d