Skip to main content

Kembara Dakwah Habib Umar 28 November - Darul Murtadza

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Nama kalian telah tertulis pada luh mahfuz sebelum dunia diciptakan lagi untuk bersama hadir dalam majlis ilmu seperti ini. 
Bersyukurlah kepada Allah atas rahmat kasih sayang-Nya yang memilih kalian. 

Sifat keimanan itu adalah dengan mencintai orang2 beriman. 
Tidak akan sempurna iman mereka yang tidak mencintai ahli sunnah dan bukan mereka dikalangan ahli sunnah yang membenci ahlul bait. 
Cintailah olehmu buat ahli keluarga Rasulullah saw, para sahabat Rasulullah saw, dan orang2 yang beriman. 
Siapa yang mencintai mereka, maka Allah akan mencintai mereka. 

Dikatakan oleh imam Syafie, bahawa beliau amat mencintai orang2 soleh walau beliau bukan dari kalangan orang2 yang soleh. 
Imam Syafie mengharapkan untuk mendapatkan syafaat dari mereka yakni orang2 yang soleh itu. 

Bersyukurlah kalian atas segala pemberian yang telah Allah kurniakan, kerna tiada pemberian yang sehebat dan sebaik apa yang telah Allah berikan itu. 

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya, yang mencintai para ahlul bait, orang2 yang beriman dan soleh. 
Moga kita semua dikumpulkan bersama mereka (orang2 yang soleh) ini di syurga kelak atas mahabbah kita pada mereka. 

#RahmatAllah itu terlalu luas, bahkan dari perjalanan ke medan taman2 syurga, didalam perkumpulan ahli2 yang mulia disisi-Nya, dan jua pemergian masing2 ke teratak mereka. 
Air mata yang bercucuran bukan semata hanya pada kesedaran akan dosa2 yang pernah dilakukan, bukan jua kerna hikmat kata2 para ahlul bait, namun kerna tersedar dan rasa akan rahmat-Nya. 

Ya Allah, ampunilah akan segala dosa2 kami dan pilihlah kami untuk mati dalam keadaan beriman kepada-Mu agar dapat kami melihat wajah kekasih-Mu Rasulullah saw dan jua berjumpa dengan-Mu. 
Perkenankan segala doa-doa baik kami Ya Rabbi. 

#kembaraDakwah #HabibUmar #DarulMurtadza #AlhamdulillahAla'KulliHal #sebarkanMahabbah


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d