Skip to main content

Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak)

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Kuliah magrib ringkas - Masjid Negeri
2 July 2014

Tajuk: Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak)

Pembukaan:
Orang yang beriman pasti akan cuba meningkatkan amalan mereka. 

Rahmat Allah sangat luas, namun, ada sesuatu yang kita kena buat baru turun rahmatNya. Antaranya duduk bersama dalam majlis ilmu. Kelebihan majlis ilmu adalah dinaungi oleh sayap para malaikat. Malaikat Jibril mempunya 1600 sayap. Perjalanan dari setiap sayap ke sayap yang lain adalah sebanyak 1000 tahun.

Tapi dengan syarat mesti penuhkn rumah Allah. Duduk dalam majlis ilmu untuk dapat rahmat Allah. 
Alhamdulillah selangor ni penuh dengan majlis ilmu. Surau tak pernah mati. Kat bazar Ramadhan pun ada tazkirah. Kat dataran kemedekaan pun ada. IssyaAllah sebelah club malam pun nanti akan ada tazkirah. 

Kembali konteks asal:
Allah maha pemberi rezki. 
Dalam Surah Hasyr ayat 24 menyatakan Allah memiliki nama-nama indah iaitu AsmaulHusna. Ar Razak bermaksud Yang Maha memberi rezki. Tangungjawab kita untuk hafal dan kenal akan Asmaul Husna. 
Maha adalah ayat siknifikasi untuk 'Yang Paling Hebat'. Rezki manusia tertakluk pada kuasa Allah, malah manusia tiada daya untuk memberi dan menyekat rezki orang lain. Manusia bukan juga penyebab kita berjaya. 

Kenapa perlu kenal Asmaul Husna? 
Supaya kita tahu Allah yang Maha segalanya. Hati mereka akan berasa lapang bila tahu semua adalah dari kehendak dan rahmat Allah. Kadang kita serabut fikir bila takde duit. Tapi bila kita beriman akan Asmaul Husna Allah, kita akan rasa lapang kerna segalanya atas kehendak Allah. Kerana Allah adalah Al Mutakkabbir iaitu Yang paling besar menciptakan manusia. 

Ayat al Quran mempunyai 114 Surah, tapi jika kita beriman pada 113 sahaja maka kita jatuh hukum kafir. Dalam alQuran ada Ayat tentang hukum wajibnya menunaikan solat jua tentang puasa dan tutup aurat. Orang yang puasa tapi  tidak solat ibarat seperti orang pakai baju tapi tidak pakai seluar. 

Allah sebaik baik pemberi rezki. Kita tiada daya untuk segalanya. Hatta jika kita memberi hadiah atau sedekah pada orang lain, itu Allah jadikan kita sebagai asbab untuk Allah hantarkan nikmatNya pada hamba-hambaNya. Kalau kita beriman dengan sebenar-benar pada Ar Razak kita tidak akan takut dengan manusia dan tidak akan takut pada bos. Sebab kadang-kadang mereka rasa yang memberi rezki tu adalah bos mereka. Maka letakkan rasa takut, berharap dan meminta hanya pada Allah bukannya manusia. 

Rezeki terbahagi kepada dua kategori:
1. Rezeki yang umum
2. Rezeki yang khusus

Rezeki Umum adalah nikmat dimana semua manusia tidak kira baik/jahat, soleh/tidak soleh Allah akan beri pada hamba-hambaNya seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan lain-lain. Ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah Yang Maha memberi rezeki walau ada yang melawan Allah, yang kadang tidak solat, tak dengar syariat Allah, tapi ada rumah banglo siap ada lif dan banyak duit pula.

Rezeki Khusus pula adalah dikhususkan pada orang yang beriman dan bertaqwa seperti mendapat Hidayah dan Taufeeq dariNya. Selain itu Allah memberi rezeki pada mereka dengan membiarkan mereka mengisi ruang untuk buat kebaikan. Dalam bulan Ramadhan sebagai contohnya, orang yang beriman akan buat banyak kebaikan. Maka pasak niat betul-betul sebelum Ramadan untuk berusaha buat banyak ibadah dan kebaikan. Jadikan Ramadhan sebagai pesta ibadah bukan pesta makanan, dan Allah pasti akan buka jalan untuk kita sekiranya kita berniat dengan seikhlasnya. 

Orang yang mendapat nikmat akan mendapat kebaikan disisi allah kerana Rezeki adalah nikmat dari Allah. Maka beribadah tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah beri. Dalam satu hadis, Saidatina aisyah pernah bertanya pada Rasulullah saw bahawa Rasulullah saw adalah maksum (tiada dosa) tetapi kenapa tetap beribadah sampai bengkak kaki. Lalu Baginda menjawab "Apakah salah untuk aku jadi hamba yang bersyukur." Rujuk kitab muhammadiah. 

Bila kamu merasai nikmat bersyukurlah dan sekiranya kamu kufur maka di akhirat nanti Allah akan sediakan azab yang pedih buat kamu. Rezeki yg masuk dalam perut adalah dari Allah bukan manusia. Letakkan takut hanya pada Allah. 

Penutup:
Masuk ramadhan kena ada ilmu. Beramal tanpa ilmu amalannya pasti sia-sia diibaratkan seperti orang gila. Jadi kalau ada orang yang  tidak tutup aurat kat tepi jalan tu bolehlah kata mereka gila. 

Allah yang beri rezeki. Manusia sepatutnya tiada ketaatan melainkan hanya pada Allah dan Rasul. Taat pada ibu bapa untuk melakukn kejahatan seperti beli rokok tidak harus mentaati mereka. Sama-sama buat kejahatan maka sama-samalah dapat dosa. Kita hanya perlu taat pada kebaikan bukannya kejahatan. Mutlak taat hanya pada Allah. 

Doa:
Ya Allah berkatilah kami di bulan Ramadhan. Jadikan kami hamba yang sentiasa menginginkan kebaikan di bulan mulia ini. Jadikanlah mata kami, telinga kami, tangan kami, kaki kam,i hati kami, dan anggota badan kami ringan untuk melakukan ibadat kepadaMu di bulan yang mulia ini. Dan keluarkan kami dari bulan Ramadhan ini ibarat seperti bayi yang baru lahir yang telah terhapus segala dosa-dosa kami yang lalu. Ameen Allahumma Ameen. 

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...