Skip to main content

dua-tiga, May. 530

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.




Segalanya Sudah Tuhan aturkan
Ini antara sebaik-baik rencanaNya
Momen yang dahulu aku kenangkan
Atas izin Tuhan, bersua setentang dua mata
Walau hanya sementara
Namun Alhamdulillah ‘ala kulli hal :')

*senyum*

Jika diberikan kesempatan untuk menulis sebuah buku.
Hanya tentang perjalanan hidup bersama dengannya.
Pastilah tak cukup untuk aku nukilkan. *haha* ;p

Terlalu banyak momen momen lepas bersama.
Yang aku sendiri kadang ternganga.
Merasai keajaiban ciptaan Dia.
Hanya kerana Rahmat dan kasih Sayang Nya.
Aku dipilih untuk melalui jalan yang sedia ada.

Entah kenapa.
Andai ada sesuatu yang luar biasa terjadi padaku,
Pastilah dia orang yang pertama.
Bukan kerna aku MAHU menjadikan dia yang pendahulu.
Tapi benda itu berlaku tanpa aku sedari.
Mungkin saja Allah aturkan sebegitu rupa untuk aku mengambil hikmah dari Nya.

Dan, aku tak banyak berkongsi cerita dengan sesiapa termasuk dia.
Pernah terlintas nak berkongsi,
Tapi mungkin aku tak biasa berkongsi dengan manusia. *sedih*
Kadang terasa nak berkongsi, sangat teringin.
Tapi aku bukan orang yang macam tu *kot*.
Hanya Yang Maha Memahami saja aku berkongsi. :')
*assiff kaka*

Syeikh Zainul Asri pernah kata padaku *ceyy*
"Kalau nak cinta dan kenal Allah, tapi tak dapat fikirkan bagaimana Allah (atas terhad ilmu dan pemikiran manusia), lihatlah alam ciptaan Dia, dan kita hanya perlu beriman padaNya. itulah yang dituntut sebenar-benarnya."

"Ya Allah, nikmatkan kami untuk melihat Zat Engkau di Syurga kelak."

Moga dia dijaga Tuhan

Sosok tubuh yang luar biasanya.
Ilmu yang aku pelajari darinya
Hanya dengan Rahmat Nya.
Bisa diri ini bertemu dengannya.
"Hanya kerana Kasih Sayang Nya kita bersua, maka apakah api itu layak untuk kita?"
"Sanah helwah, kakak"
sudah menjejak dewasa ya :'D
*alhamdulillah*
Moga menjadi Srikandi Islamiyah
yang dicinta Tuhan sentiasa.


ameen ya mujib




"kak, adik uhibbuk akak kerna Allah. Hanya LillahiTa'ala Jangan pernah lupakan saya ye, Adik akak yang pelik dan awesome ini *haha* dan doakan kebaikan saya sentiasa ya. InsyaAllah. Moga diakhirnya kita kembali bersua di Syurga Ilahi tempat yang MUNGKIN kita pernah bersua dulu kala... *ameen ya mujib*.. sila tuntut kek anda jika mahu.. *oho*" :')

Wallahu A'lam 

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...