"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful"
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.
Assalamualaikum wbt.
SUTRAH.
“Apabila salah seorang kamu sudah meletakkan sesuatu setinggi pelana unta di hadapannya maka solatlah dan jangan pedulikan siapa saja yang melintas di sebalik sutrah tersebut”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 499)
Sebahagian ulama menyatakan bahawa hukum meletakkan sutrah adalah sunnah, sebahagiannya menyatakan sebagai sunnah yang sangat-sangat dituntut, manakala sebahagian lagi menyatakan sebagai wajib. Ini adalah antaranya berdasarkan kepada dalil hadis sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu (r.a.), ia berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Janganlah kamu solat kecuali memasang (meletakkan) sutrah dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu. Apabila ia tetap berkeras, maka lawanlah dia kerana dia ditemani syaitan”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 820)
Bila sebut 'sutrah', ramai yang
tercengang dan bertanya balik 'apa tu?'.
Agak asing bunyinya. Realitinya, ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang kerap kita lupa. Sutrah adalah penghadang yang diletakkan di hadapan kita ketika menunaikan solat..
Banyak hadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai amalan bersutrah dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, jom budayakan kembali sunnah menggunakan sutrah ini.. Moga Allah menerima kesempurnaan solat kita in-shaAllah..

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.
Comments