Skip to main content

Itu AKU

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Aku,
Adalah aku,
Itulah aku,
Yang aku tahu.

Aku,
Kadang nampak sempurna,
Tapi cuma sementara,
Kadang nampak hebat,
Tapi pinjaman cuma.

Aku,
Sering kali terguris hati,
Dek gangguan kata hati,
Kerana aku tahu aku lemah,
Dan aku tahu aku harus tabah.

Aku,
Sering mengangkat pena,
Menconteng luahan rasa,
Yang tak mampu terungkap kata,
Kerna aku biasa cuma.

Aku,
Tidak banyak berkata,
Tapi senang mendengar kata,
Buat aku sentiasa merasa,
Bahawa aku masih ada.

Aku,
Punya ramai kawan,
Tidak kurang juga lawan,
Tapi aku suka bersendirian,
Buat rasa lebih dekat dengan Tuhan.

Aku,
Adalah hamba Allah,
Diutus di bumi untuk mengabdikanNya,
Mencari bekalan kampung di akhirat sana,
Demi menetap di syurgaNya.

Aku,
Juga sebagai daie,
Memberi peringatan pada yang luntur,
Bukan mufti,
Yang senang-senang memberi hukum.

Aku,
Juga perlu dipimpin melangkah,
Kerna aku itu tidak sempurna,
Sering saja rapuh dalam langkah,
Maka engkau lengkapkanlah.

Aku,
Pasti sampai masanya,
Sampai detiknya,
Tidak boleh merasa,
Apatah lagi ber'detik'.

Aku,
Akhirnya akan mati,
Akhirnya akan kembali,
Pada sang pemilik hati,
Pada Dia, Tuhanku Ilahi.
Andai waktu itu tiba,
Aku,
Yang dulu engkau kenal,
Aku,
Yang dulu sahabat kalian,
Aku,
Yang pernah bersama kalian,
Aku merayu,
Doakan kebaikan,
Kebaikan hidupku,
Di kampung akhirat.

Allah, kuatkanlah aku. Sungguh aku lemah dalam urusan aku sendiri. Aku hanya bergantung harap pada Engkau ya Tuhanku. Hanya dengan izinMu aku berada di atas jalan ini. Dan moga Engkau terus memberikan aku peringatan supaya aku ingat hidup ini sementara dan untuk mencari bekal akhirat sana. Kerana aku ingin menjadi ahli syurga walau neraka itu layak untuk aku! Allahu Rabbi! aku tidak mahu selamanya di tempat azab neraka itu. Berikanlah aku rahmat kasih sayang Mu yang tak berbelah bagi itu, agar aku hanya MencintaiMu. Hanya Engkau setulus hatiku. Allah, jadikan aku seorang anak yang solehah, sahabat yang baik, muslimin yang berguna dan hamba yang sebenar hamba. Walau kadang aku rasa jahil, walau kadang aku rasa Pasrah, walau kadang aku tersungkur dek perbuatan sendiri, moga Engkau sentiasa ada membantuku, memberikan aku jalan yang benar kerna aku ingin BertemuMU! AllahuRabbi, maafkan kerana aku sering lalai, pendosa tanpa noktah dan zalim terhadap diri sendiri. Maafkan segala dosa ku yang terdahulu dan yang kemudian yang aku tak ketahui. Hanya padaMu Ya Tuhan untuk aku curahkan segala. Moga aku tidak taksub dengan manusia kerna mereka juga seperti aku, yakni tidak sempurna. Dan moga aku mati dalam husnul khatimah dan bukan su'ul khatimah, mati dalam keadaan beriman kepadaMu, menyebut kata syahadah itu, wafat dalam keadaan yang baik yang Engkau redha. Buat sesiapa yang mengenali aku, aku memohon ampun dan maaf atas kesilapanku, atas ketelanjuran perbuatan dan kata-kata ku yang membuat kalian terasa/marah/sedih/dsb. Aku maafkan kalian dan moga aku dapat bersama kalian untuk betulkan balik ukhuwah yang luntur itu. Tuhan, ampuni kami semua, aku sayang mereka kerana Engkau! hanya kerana Allah :(

Moga Allah redha, dan izinkan pemergianku

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...