Skip to main content

FAHAMkah kita, seFAHAM dia?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Ok posting hari ni saya copy dari blog cik Nurshafira. Moga ia bermanfaat untuk kita semua. Syukran jazilan ya sahabat Nurshafira. Jazakallah khairan khatira :')


Fahamkah kita, sefaham dia?

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Faham itu bukan setakat tercerna. 
Bukan setakat ada di otak dan TAHU.

Ia soal membumikan.
Memaknakan.

Baru sedar dan benar-benar tahu, 
Yang BUKAN MUDAH membumikan.

____________________________________________________________________

Ruang rumah Arqam Abi Arqam sesak dengan manusia yang datang mendengar langsung daripada Rasulullah s.a.w. Hari itu, Rasulullah s.a.w bersabda antara lain : "Ketahuilah olehmu wahai para sahabat sekalian. Barang siapa yang mengucapkan kalimah "Laa ilaha illallah" akan masuk syurga".

Para sahabat tersenyum dengan khabar gembira dari Rasulullah itu.

Majlis itu pun bersurai. Masing-masing terus pulang untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dari Rasulullah. Jika bertembung dengan orang di jalan atau dengan yang sedang mengembala di padang, semuanya akan diberitahu tentang khabar dari Rasulullah tadi. Mereka takkan bertangguh-tangguh dalam menyampaikan apa yang disampaikan oleh Rasulullah.

Seorang sahabat telah bertemu dengan Sayyidina Umar al Khattab dalam perjalanannya pulang lalu berkata, "Hai Umar, berhentilah sebentar. Saya ada membawa khabar gembira dari Rasulullah".

Sahut Umar,"Ya, khabarkan kepadaku".


"Tadi Rasulullah ada menyebut: Barang siapa yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah akan masuk syurga".

PANG! Tiba-tiba penampar Sayyidina Umar hinggap di mukanya.

Terpegun sebentar sahabat itu. 'Kenapa Umar menamparku?', bisik hatinya. 


Bingung, lantas sahabat tadi bertanya,"Bukankah aku menyampaikan apa yang disabdakan oleh Rasulullah? Apa pula salahku? Ataupun Umar yang salah?"

Pandangan Umar dan sahabat tadi bertemu, lantas sahabat tadi menyambung dengan rendah hati,"Beginilah," dia kemudiannya berkata. "Aku tahu tentu ada sebabnya kau menamparku. Aku cadangkan marilah kita berjumpa Rasulullah dan selesaikan perkara ini di depan Baginda"Nyatalah dia tidak hilang pertimbangan.

Mereka berdua segera ke rumah Rasulullah, dan diceritakan segala yang berlaku kepada Baginda. Lantas Rasulullah bertanya kepada Saidina Umar, "Kenapa engkau menempelengnya hai Umar?"

"Maafkan saya ya Rasulullah," jawab saidina Umar. "Bagaimana saya tidak marah kerana saya bimbang nanti umatmu di akhir zaman, mereka hanya mengucapkan Laa ilaha illallah semata-mata, kemudian mereka sudah rasa layak untuk masuk syurga, tanpa berjuang, tanpa berusaha dan tanpa beramal untuk memenuhi tuntutan kalimah syahadah itu".

Fahamlah sahabat itu apa yang bermain di fikiran saidina Umar tadi. Beliau berfikir jauh dan memahami apa yang tersirat.

*************************

Maka, ia bukan mudah.
Apatah lagi, jika hanya semata dengan tahu.

Lagilah sukar jika TIDAK tahu. 
Hah!

Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah manfaat kepadaku dari apa-apa Engkau ajarkan kepadaku dan ajarkan daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Tambah ilmu jom!
Dan MEMBUMIKANNYA.

Insha Allah.

*Eh, ucapan insha Allah ni lagi berat tahu.

Kenapa kena faham, kena tahu?


Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi, "Sesungguhnya aku tinggalkan padamu dua perkara yang sangat berharga, yang jika kamu berpegang teguh kepada keduanya niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan as-Sunnah "


"Takkan tersesat selamanya".

Selamanya itu sampai bila?

Sampai bila-bila.

Maka, jika mahu, perlu pegang TEGUH.
Bukan sebarang pegang.

Yang mana WAJIB nya, SUNAT nya,
HARUS, MAKRUH dan HARAM nya.

Bukan mahu main zasss dan redah.

Oh!

Teringat ayat Dia yang cambest :

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Allah bagi chan berniaga. 
Perniagaan yang modal dan untungnya MAMPU selamatkan kita dari neraka, di masa yang SATU HAPA pun tak mampu selamatkan kita.

Maka, perniagaan apa?

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar."

Kat mana ni?

Surah as-Saff ayat 10 sampai 12.


Oh!

Pegang ayat ni. 

Sampai bila, ayat ini mahu cuma berlegar?


Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d