Skip to main content

#4 Tazkirah : 7 Jenis mayat dalam kubur

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


7 jenis mayat di dalam kubur.

Firman Allah SWT, 

"Tiap-tiap yang berjiwa itu pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali-Imran : 185)

Golongan Pertama :
Mayat yang mukanya berpaling daripada dari arah kiblat. Itulah petanda bahwa semasa hidupnya telah melakukan banyak perkara-perkara syirik. Macam yang korang sume tahu lah kan, syirik ini adalah dosa yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Kekal lah sape-sape yang syirik tu dalam neraka Allah.. Na'uzubillah...

Golongan Kedua :
Mayat yang mana mukanya berbentuk seperti khinzir. Itu petanda bahawasanya dalam hidupnya, tidak menunaikan kewajipan solat fardhu 5 waktu. Selain tu jugak, selalu lalai dalam solat, sering melakukan maksiat. Bagi aku pun, kadang-kadang kita tahu something yang kita buat tu memeng maksiat, tapi kita tetap jugak nak buat kan? Sebab apa? sebab masa tu nafsu yang control diri kita, bukan Iman lagi dah.. MasyaAllah...

Golongan Ketiga :
Mayat yang mana kepalanya hitam legam macam sebiji batu hitam. Itulah mayat semasa dalam hidupnya, derhaka terhadap kedua-dua ibubapanya. Korang pn tahu kan kalau kita nk "uhh" dengan mak ayah pun xboleh, inikan pula nak tengking2, tinggikan suara ngn diorang.. Nahh, ambik korang sape yang derhaka, mayat korang nanti kepala jadi hitam legam...

Golongan Keempat :
Mayatnya perut buncit dan meletup-letup. Itulah mayat semasa dalam hidupnya sering makan makanan yang haram, harta yang haram. Contoh senang adalah harta anak yatim, merompak,mencuri dan lain-lain lagi..

Golongan Kelima :
Mayatnya yang mana kukunya mencengkam dan melilit-lilit seluruh tubuh badannya. Itulah mayat yang semasa dalam kehidupannya, sering mengumpat, berkelahi, bergaduh, mengata dan macam-macam lagi lah !

Golongan Keenam :
Mayat yang keluar air mata air dari kuburnya, tapi air tu memang teramatlah busuk, bangkai lagi wangi. Itulah mayat orang yang suka sangat makan riba... MasyaAllah...

Terakhir sekali adalah mayat yang mana semua orang sebagai insan ingin kannya.. 


Golongan Ketujuh :
Mayat yang mana mukanya sentiasa tersenyum, penuh dengan Nur cahaya Illahi. Itulah mayat sepanjang hidupnya melakukan perkara-perkara dan amal yang soleh, sentiasa tunduk dalam menuruti perintah yang Maha Esa. Jadi, kita sume berharap agar dapat berada dalam golongan yang ketujuh ini.. Aminn...


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...