Skip to main content

#2 Solat dhuha : kelebihan

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.

1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.

Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.

“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”

Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)

2. Solat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui.

Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)

Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.

3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.


Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)

4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.


Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)

5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.


“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).

Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)

6. Tercukupnya keperluan hidup.


Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)

7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.

Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.

Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.

“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.


Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 

Begitu banyaknya fadhilah di atas cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw. mengingatkan umatnya untuk sentiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilah-fadhilah tersebut diharapkan kita lebih termotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. Aamiin.




Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...