Skip to main content

Umatmu ini merinduimu ya Rasulullah.. :')

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt..



Agungnya baginda Rasulullah s.a.w...bersaksilah umatmu merinduimu :')

Manusia sebagai ahsanu taqwim dan sebaik-baik ciptaan adalah baginda saw. 
Rasulullah saw sebagai insan yang paling mengenal Allah, yang utama ciptaan dan kecantikannya.
Kecantikan baginda saw ada kecantikan yang tidak pernah dilihat indah sebelum dan sesudahnya. 

Baginda saw memiliki keindahan zahir dan batin..
Putih kemerah-merahan, rambut hitam beralun, gigi baginda saw jarang dan tersusun. Tidaklah terlalu tinggi atau rendah, tetap amat sesuai dgn tubuh keseluruhannya. 

Ketika dilahirkan, seorang yang bersih seumpama diminyakkan dan terputus tali pusatnya sejak lahir. Semerbak harum peluh baginda saw umpama kasturi.
Air liur dan ludahan baginda saw sebagai penawar.
Sifat percakapannya sederhana dan bermanfaat. Baginda saw menyambung silaturrahim. Baginda memudahkan dan membawa khabar-khabar gembira. Keindahan zahir dan batin Rasulullah saw sentiasa menjadi pujian makhluk langit dan bumi.

Kecantikan nabi yusuf a.s adalah sebahagian daripada kecantikan rasulullah saw. Namun, kecantikan rasulullah saw tidak pernah menjadi fitnah kepada ummah. Kata saidatina aisyah r.a : sekiranya perempuan-perempuan yang terjatuh dalam fitnah kecantikan nabi yusuf a.s dahulu melihat kecantikan dahi rasulullah saw, mereka bukan sahaja terpotong jari-jari mereka bahkan akan memotong hati-hati mereka.
Nur wujud: rahsia wujudnya alam, adalah terletak pada Rasulullah saw. 

Ruh nabi itu bertebaran dalam setiap jiwa umatnya. Demikianlah maksud firman Allah: 

"Bahawa padamu terletaknya diri muhammad saw"
Syeikh juga memesan sekurang2nya selawatlah pada baginda 100x pagi dan 100x petamg
Allah menutup kecantikan lahiriah Rasulullah saw dengan haibah (kehebatan dan waqar) agar tidak menjadi fitnah kepada ummah. Rasulullah saw memiliki sifat tawadhuk. Allah melindungi nabi saw dengan haibah yang tersendiri sehingga makhluk menjadi tunduk dan kagum dengan baginda saw. 

Ketika seorang arab asing bertemu baginda saw, seluruh tubuhnya dan tunggangannya menggeletar. Lalu dengan penuh tawadhuk, baginda saw berkata. "Tenanglah sesungguhnya, aku juga anak kepada seorang perempuan yang makan daging masin sepertimu"

Sebagai mana seorang kanak-kanak kecil yang terjatuh tatkala bertemu baginda saw ketika sedang membawa timun kecil dalam pinggan kpd baginda: lalu sahabat berkata: sesungguhnya kamu telah menakutkan seorg anak kecil ya Rasulullah.. lalu baginda berkata:
"Ya miskinah, alaihi sakinah" wahai si anak kecil yang Miskin bertenanglah..

Ruh al makhluk adalah ciptaan sebelum adanya jasad. Baginda adalah ruh pertama yang djadikan. Jelmaan Allah bagi kecantikan nabi saw adalah dengan ciptaan alam semesta yang indah. 

Di alam ruh Rasulullah saw adalah bapa kpd nabi adam as, manakala di alam dunia baginda adalah anak kepada nabi adam as. Inilah maksud hadis baginda yg berikut: 

Baginda saw berkata: aku dijadikan sebagai pemula dan pengakhir. Aku adalah pembukaan ciptaan kejadian makhluk ( di alam ruh ) dan akulah penutup rasul yang diutuskan di dunia. (Mafhum hadis)
Keindahan akhlak baginda adalah rahmat seluruh alam. Tidak pernah baginda menyimpan dendam pada musuh baginda. Malah musuh juga mengiktiraf keindahan akhlak baginda. 

Dahului istighfar sebelum selawat. Istighfar sebelum selawat umpama wudu sblm solat
100x istighfar pada pagi dan 100x petang (ba'da maghrib) 

Pesanan terakhir al-fadhil syeikh: 

Milikilah qalbu salim ( hati yg suci, jiwa yang mengasihi saudaranya sbgaimana dia mencintai dirinya)

Kelak kamu bakal menjadi insan yang mendapat wilayah lindungan Allah. Menjadi antara wali-wali pilihanNya. Dan jannahlah yang layak bagimu.
Rasulullah saw adalah perantara nikmat-nikmat Allah kepada makhlukNya. Maka selayaknyalah kita sebagai ummat baginda mencintai baginda saw sebagai tanda mencintai dan mensyukuri nikmat terbesar Allah. 

Sebab Wujudnya alam ini adalah kerana rasulullah saw. Maka, demikianlah katanya seorang ulama: andai aku tidak mengingati nabi saw walau sesaat, maka tidaklah aku termasuk dalam org muslim.




Ya Rasulullah, berikanlah syafaatmu di akhirat kelak.
Ya Allah, jadikanlah diri ku sebenar-benar hambaMu.
Ya Allah, jadikanlah diri ku terus mencintai Mu dan kekasihMu.
Sematkanlah dihati ini, terus menerus dalam mengingati Mu serta kekasihMu.
Titipkanlah dihati kecintaan ku pada KekasihMu bukanlah dibibir sahaja malah dihati, senantiasa..
Tiada musim, tiada mengikut semasa, malah sentiasa menyebut dan mengingat.

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Ya Rasulullah, aku ingin berjumpa denganMu, tapi, layakkah diri ini?
Allahu, rindu benar akan dirimu..
Moga kita dapat berjumpa dan bersua muka wahai kekasih Allah :')

InsyaAllah..

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com Fight-oh OH! (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d