"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful"
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
"Ku akui bahawa dosaku banyak sekali, tapi aku sedar, sesungguhnya rahmat Allah lebih luas dan lebih besar dari dosa-dosaku."
_Terima kasih Tuhan_
"Setelah hilangnya tempat bergantung, setelah diriku diselubungi perasaan sedih dan kecewa, setelah diriku tiada lagi yang peduli; yang aku ada hanyalah Engkau Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Hanyalah Engkau. Allahuakhbar."
_Terima kasih Allah_
"Dari ujian, teralirnya cinta Tuhan. AllahuRabbi, bantu hatiku ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirmu. Jadikan aku sebenar hamba-Mu."_Terima kasih Tuhan_
"Senyumlah dan sembunyikan dukamu dihadapan mereka. Tunduk berdoa dan menangislah cuma di hadapan Allah."_Terima kasih Allah_
"Jika kamu dipuji dengan satu pujian, maka kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah. Kerana sesungguhnya Dia telah menutupi keaibanmu pada seluruh manusia. Bersyukurlah."
_Terima kasih Tuhan_
"Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar. Mari berzikir."
_Terima kasih Allah_
"Aku ingin mencintai-Mu, Aku ingin mendekati-Mu. Selamanya. Ku berharap untuk bertemu-Mu Ya Allah."
_Terima kasih Tuhan_
Comments