Skip to main content

Surat cinta buat-Nya :')

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Allah, Allah, Allah.

Hati ku sering berkata,
Jikalau aku nak buat kebaikan,
Untuk kebaikan diriku,
Tapi tidak kesampaian,
Maka cukuplah dengan,
Melakukannya untuk Tuhanku.

Tapi,
Itupun payah juga,
Kenapa aku sebegitu rupa,
Kenapa aku sanggup permainkan jiwa,
Kenapa sanggup diri aku disiksa.

Ya Allah,
Sungguh, rupanya Engkau sebaik-baik perancang,
Aku ini hanya hamba yang tiada perancangan,
Tapi dengan perancangan-Mu itulah,
Tanda Engkau sayang aku, kan Tuhan?

Engkau merindui tangisan hamba-Mu,
Engkau ingin mendengar luahan hati hamba-Mu,
Malah Engkau masih mahu mendengar kata hatiku,
Sedangkan Engkau sendiri sudah tahu,
Apa yang belum terucap pada bibirku.

Allahu..

Wahai Tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang,
Sungguh Engkaulah yang Maha Satu,
Tiada daya dan kekuatan pada sang diri,
Yang merindui akan ujian rahmat-Mu,
Yang sentiasa ada ketika aku perlukan bantuan hati.

Tetapi,
Layakkah aku untuk mendapat yang terbaik,
Sedangkan dengan Tuhan pun aku tak mampu beri yang terbaik?

Allahu..

Sungguh hina diri ini,
Acap kali melakukan dosa yang berterusan,
Seperti melakukan dosa itu suatu kehidupan,
Astaghfirullah..
Moga dijauhkan hati ini dari segala keburukan.

Ya Allah,
Aku menulis surat cinta ini buat-Mu,
Walau tulisanku tidak sehebat nota cinta-Mu,
Tapi aku ini hamba-Mu,
Dan Engkau adalah Tuhanku,
Mahukan Engkau mendengar rintihan ku?

Ya Allah,
Dikesempatan ini dengan diri masih dikandung nyawa,
dengan diri masih di alam yang nyata sementara,
Engkau berikanlah aku kekuatan,
Agar aku terus tetap atas jalan-Mu,
Aku memohon meminta untuk kesekian kalinya,
Untuk diberikan keindahan cinta-Mu,
Untuk diberikan rahmat kasih sayang-Mu,
Untuk diberikan aku peluang bersujud pada-Mu,
Kerana cintaku tertinggal pada Tahajud-Mu.

Allahu..

"Seandainya Allah perlihatkan ganjaran pahala sakit kita, musibah kita, seandainya kita lihat musibah itu, pasti kita akan ucap, Ya Allah berilah musibah itu kepadaku seumur hidupku."

_Sheikh Nuruddin Banjari Al Maliki_ 


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com Fight-oh OH! (^_^)

Comments

Anonymous said…
Allah.....mohon share..tq

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d