Skip to main content

Memori itu :')

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Walau memori ku terhad,
Tapi aku masih ingat detik itu,
Itulah detik aku mulakan perkenalan.
Walau cara aku itu tidak patut dilakukan.
Tapi aku rasa dengan cara itu aku akan ingat.

Tapi sebelum itu..

Aku sering terserempak dengan kamu,
Sering kali aku di surau itu,
Sering itu juga engkau berkunjung.
Walau aku tak kenal siapa dirimu,
Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan pada kamu.

Aku masih ingat,
Aku datang ke situ bersama rakan bilik,
Bukan kerna apa,
Cuma dapat mesej ringkas,
Di mana aku harus turun bertandang.

Bila aku sampai,
Aku tersengih sengih melihat telatah mereka,
Mereka yang aku maksudkan adalah sahabat surau,
Aku lihat ukhuwah mereka sangat akrab,
Bukan sahaja seperti isi dengan kuku,
Malah seperti jasad dan roh.

Bergurau dan bersenda tawa,
Aku lihat sahaja telatah mereka tanpa berkata apa,
Tiba-tiba aku rasa bahagia.
Bahagia melihat mereka bahagia.
Allah...

Sedang aku mengelamun,
Melihat mereka tersusun,
Seperti mahu ambil gambar kenangan,
Tiba-tiba lamunan ku terganggu,

Engkau datang ke arahku,
Meminta bantuan dari ku,
Untuk mengambil gambar itu,
Aku dengan sengihan tanpa berkata terus bangkit melakukan apa yang disuruh.


Waktu itu aku rasa sungguh lucu,
Engkau seperti manusia yang pelik dan unik,
Yang tidak pernah ku temui,
Dan dari situ aku mula ingin mengenal siapa kamu,

Tapi belum sampai masanya lagi.

Masa bersilih ganti,
Begitu lama aku menunggu,
Dan sampailah saat itu.
Aku dipanggil bersama sahabat yang lain.
Katanya sesi suai kenal.
Tapi lain pula yang jadi.
Lebih kepada sesi luahan rasa.

Waktu itu malam itu,
Walau pada mulanya seronok bergelak tawa,
Tapi selepas kegembiraan,
Kesedihan pula berkunjung tiba.

Tapi aku tak mampu menitis butir kaca itu,
Kerana aku sudah serik menangis kerana 'kawan',
Tiba masa aku perkenalkan diri,
Engkau sambut salam ku penuh rendah diri,
Seperti seorang sahabat yang sudah lama mengenali,
Seperti seorang ibu yang penuh mengasihi.

Tapi pertemuan itu sementara saja,
Walau sebenarnya ketika itu sudah pukul 2 pagi.
Aku dan rakan ku terpaksa mengundur diri,
Kerana kami ada 'test' esok pagi.


Dan selepas kejadian malam itu,
Aku sering bertandang ke surau,
Mengharap dapat berjemaah dengan sahabat surau.
Juga mengharap dapat mengenali kamu.

Suatu hari,
Aku terima khidmat pesanan ringkas,
Lalu aku membaca,
Ia dari kamu, aku rasa teruja.
Engkau bertanya, aku pun bertanya.
Tapi hari itu aku sibuk ingin mempersiapkan persedian hari lahir sahabat.
Namun aku tetap ingin mengikut.

Seusai sahaja makan KFC bersama sahabat,
Aku terus mengejar ke kawasan tersebut,
Mengharap engkau masih ada lagi.
Kerana aku tahu aku dah cukup lambat untuk bersama.
Tapi atas dasar kerana Allah,
Alhamdulillah, aku dapat bersama.

Walau sementara pertemuan itu,
Bersama dengan sahabat-sahabat yang aku tak kenal.
Dan cuma seorang sahaja yang aku tahu ketika itu selain kamu.
Aku hanya mengikut dan mengiakan apa yang berlaku.

Kami mula membuat persediaan,
Persediaan untuk memasuki Qasidah itu.
Tapi bila di fikirkan,
Aku memang tiada niat atau perancangan ke arah itu,
Malah aku merancang yang aku hendak ke Masjid untuk majlis lain.


Sungguh Allah itu Maha Kuasa,
Dia aturkan apa yang terbaik untuk diriku,
Maka aku teruskan langkah walau diri tidak bersedia.
Dan akhirnya kami berjaya melakukannya.
Walau singkat masanya.

Dan pada malam itu,
Kami mengajak untuk makan bersama.
Makanan yang telah dibeli oleh aku dan sahabat.
Atas persediaan yang sebelum ini.
Dan aku ingin meminta maaf atas apa yang telah terjadi.
Sungguh aku sengaja tapi harap engkau maafkan.
Kerana engkau juga membalas padaku,
Maka aku maafkan :')

Itulah kali terakhir aku bertemu kamu.
Sebelum tibanya hari terakhir hari tautan kasih.
Tapi kami sekali lagi dipanggil untuk membuat persediaan hari itu.
Bukan sahaja tautan kasih,
Malah uswatun hasanah yang dititip perbicaraan.
Perjumpaan kecil-kecilan mengerat persaudaraan.

Sehari sebelum tautan kasih,
Aku dapat rasakan yang aku terlalu bersungguh,
Aku seperti mengejar sesuatu,
Menyibukkan diriku dengan perkara yang tidak patut.
Allahu..

Dan hari itu pun tiba,
Selepas mengisi perut di seksyen tujuh,
Aku terus ingin berada disana untuk membantu.
Dan maaf sekali lagi aku lambat kerana hujan turun.

Walau bertemu detik itu aku rasa janggal,
Aku tetap tabahkan diri dan lagak 'cool',
Engkau banyak berceloteh,
Membuatku hilang air untuk berkata,
Dan sekali lagi maaf jika aku kurang memberi respon.
Tapi sungguh aku rasa bahagia.
Layanan baik diberikan oleh orang yang baru kenal.
Terima kasih Allah :')

Engkau memberi idea untuk tautan itu,
Buat aku bersungguh untuk melakukannya.
Bukan kerana apa,
Cuma sebagai tanda ucapan terima kasih dan maaf tak terkata.

Engkau mungkin tidak tahu,
Walau hujan ketika itu,
Aku keluar untuk membeli sesuatu,
Bagi merealisasikan idea kamu itu.


Aku cuba datang awal kerana aku tak mahu orang keruan.
Aku mempersiapkan bahagian aku,
Menggilanya pantas aku tika itu hanya Allah saja yang tahu.
Setelah selesai aku bersyukur dan hanya perlu menunggu.

Walau pada awalnya ada sedikit permasalahan.
Namun engkau tetap hadir.
Dan wajah serta cara engkau pada awalnya lain semacam.
Mungkin dek tidak sempurnaan majlis yang kita merancang.
Namun Allah itu Maha Pemurah,
Di berinya peluang untuk kita teruskan walau ada yang kurang.

Ketika tautan itu,
Aku merasa lain sedikit, aku tak tahu kenapa.
Tapi atas dasar tanggungjawab, aku tetap teruskan.
Setiap posisi gambar ku tangkap dan rakam.
Sebagai memori indah bersama teman.
Moga ia tetap dalam ingatan.
Bila masanya aku menatap gambar kalian.

Dan majlis itu berlangsung sungguh lama.
Kadang aku pun sudah penat tapi aku harus kuat.
Dari awal sehingga penamatnya,
Aku berharap untuk mengatakan sesuatu pada kamu,
Tapi tidak terucap dibibir hanya tersimpan dihati.
Aku membantu sehingga akulah orang terakhir menutup kamar itu.
Namun, aku hanya berjalan tanpa apa-apa.

Sungguh aku penat, walau hari tu aku kena balik.
Banyak perkara harus diselesaikan.

Inilah perancangan aku.
Aku ingat bila mana aku sampai di rumah,
Aku ingin keluar bersama kembarku ke KLCC.
Dan pada malamnya aku akan keluar bersama keluarga makan Tomyam.

Namun,
Aku hanya mampu merancang,
Tapi,
Allah itulah sebaik-baik perancang,

Ketika perjalan balik ke rumah,
Aku hampir sampai ke teratak ku,
Namun,
Sesuatu berlaku padaku,
Yang tak mampu aku berpatah waktu.
Dan aku harus redha atas ketentuan itu.


*pengsan

Aku terjaga dari lamunan.
Aku lihat ramai yang berkerumunan.
Aku lihat kasut sebelah ku hilang,
Aku merasa kaki ku seperti hilang.
Aku melihat jalan tar itu penuh air merah.
Aku kembali terlelap.

*mamai

Aku mendengar perbualan polis.
Tidak kurang juga siren ambulans.
Waktu itu aku tahu.
Aku tak mampu lagi untuk berkata, apatah lagi bergerak.
Detik itu, aku hanya berserah pada Mu Ya Rabbi.
Walau kadang hati kebingungan mengapa terjadi.
Sering kali aku mengingat kembali.
Dan sering itu juga aku memaki hamun kereta yang berwarna merah tadi.

Namun,
Apa gunanya,
Aku sudah begini,
Aku dah tak mampu memutar waktu.
Hanya mampu berdoa pada Yang Satu.

Anggaran waktu berlaku pada pukul sepuluh setengah lebih.
Proses yang aku lalui banyak yang berdarah.
Aku kadang merasa pasrah.
Namun aku harus tabah kerana Allah.

Proses paling aku tak boleh lupa bila aku di wad itu.
Kaki aku disiram sodium dan aku mengerang kesakitan.
Tapi aku tidak dapat mengatakan.
Dan ketika itu aku sedar mulut ku juga perlukan rawatan.

Kaki ku kebas
Mulut ku kebas
Dahi ku kebas,
Dek ubat pelali untuk menjahit.

Selesai semua, ayah ku datang ke arahku,
Aku ingin mengatakan sesuatu,
Tapi tangisan dan sedu sedan yang hanya aku bisa katakan.
Dan ketika itu, aku tahu, aku sudah seperti orang terencat akal.

Akhirnya aku di atas katil 11.
Aku sendiri tak tahu aku dimana waktu itu.
Pukul berapa pun aku tak pasti.
Aku nak bercakap namun mulut ku berjahit.

Mujur ayah ku memahami,
Dia memberi telefon bimbit,
Aku melihat jam padanya,
"Sudah pukul lima sore?"
Pantasnya masa berlalu sedang aku tak sedar apa pun.

Dan ketika mempunyai peluang itu,
Aku memberi tahu pada kamu,
Bahawa aku tidak dapat bersama uswatun hasanah,
Kerana aku terlibat musibah.
Walau sedih hati ini kerana tidak dapat bersama,
Namun aku akur atas takdir dariNya.


Keesokan harinya,
Kalian pula hadir menziarahi aku,
Perasaan sedih dan terharu ketika itu sungguh tak dapat disangkal lagi.
Hanya berdoa dan bersyukur pada Tuhan atas nikmat persaudaraan itu sudah cukup bagi aku.

Walau pertemuan yang singkat.
Walau sebenarnya diri ini perlukan kalian ketika itu,
Aku redha dengan masa yang ada bersama.
Moga kalian terus doakan moga aku cepat sembuh.

Dan kini,
Setelah hampir sebulan lebih,
Walau belum sepenuhnya pulih,
Namun aku bersyukur atas ujian yang terdahulu.
Kerana ujian itu telah membuka mata dan hati aku.
Untuk lebih mengejar cintaMu ya Ilahi.

Dan masih Allah berikan nikmat,
Bersama sahabat sahabat yang kuat,
Untuk bersama aku agar mencari mardhatillah,
Untuk melangkah hasanah.

Ya Tuhan,
Andai ini takdir MU,
Aku redha dan sabar,
Dan jika ada musibah yang Engkau mahu berikan padaku,
Aku terima musibah itu asal aku dapat bertemu denganMu di akhir hayatku.
Terima kasih Allah. :')

Buat sahabat-sahabatku,
Aku rasa bertuah dapat mengenali kalian,
Lebih bertuah lagi jika dapat bersama di jannah.
Terima kasih kerana sudi bersama ku,
Walau diri ini sering menganggu hidup mu,
Sungguh aku rindu kalian semua! :')

Pada Sahabat chenta hati
Engkau ibarat Idola ku,
Agar suatu hari nanti,
Aku akan jadi seperti kamu.
Walau bukanlah seratus peratus,
Namun tetap aku mengikuti nasihat kamu itu.
"Ye dok?" :')

Ada masanya ada ketikanya mulut tak dapat berkata-kata.
Tapi hati menceritakan segalanya dan hanya siapa yang dapat mendengar?
Sudah tentu Allah.. :')


Maaf jika nota ini sangat panjang. Hakikatnya lebih panjang, namun tak semua perlu diberitahu dan tak semua perlu dirahsiakan. Dan ini adalah penyampaian terakhir aku untuk kalian:

Aku masih ingat hadiah yang kau berikan padaku itu. Sungguh itulah hadiah yang ku idamkan. Hadiah senyuman mu itu bakal membuat hati aku tenang. Malah bisa membuat aku beruntung punya sahabat seperti kamu. Namun, Bila 'masa' itu tiba, Aku harap engkau masih terus memberikan hadiah itu buat ku. Dan aku juga memohon agar engkau dapat memberikan hadiah yang lebih istimewa buat ku. Ya, hadiah surah al-fatihah dan doa. Moga ketika aku di masukkan ke dalam lubang itu, aku berharap agar engkau tidak menangis, dan jika engkau menangis bagaimana aku mahu pujuk kamu sedangkan aku sudah terbujur kaku dan aku sudah tidak mampu ada bersama kamu. Maka jika engkau sayang pada aku, senyumlah, dan berdoa pada Tuhan yang Satu, moga aku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dan moga kita dapat bersama berpimpin tangan masuk di pintu syurga nanti. Biidznillah :') Sahabat, Sungguh aku sayang kalian kerana Allah. Apalagi yang bisa ku kata? Hanya Kerana Allah :') Kerana perasaan sayang itu adalah pinjaman dariNya

Dan oleh itu, aku bersyukur atas kuniaan nikmat ini. Moga aku terus istiqamah dalam melakukan kebaikan untuk menuju kepada Mu Tuhan..

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar :')

Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...