Skip to main content

Memahami dan memikirkan, itulah tadabbur

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt.


Dengan nama Allah yang Maha Kasih dan Maha Penyayang. :)

Apa itu TADABBUR?

Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam.
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24

Tanda-tanda tadabbur“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”(QS. At-Taubah: 124).
Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an berkaitan dengan tanda-tanda tadabbur. Allah Ta’ala berfirman,
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad).” (QS. Al-Ma’idah: 83).
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfaal: 2).
“Katakanlah, “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebenarnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, “Mahasuci Rabb kami, sesungguhnya janji Rabb kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur aras muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Israa’:107-109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam: 58).
”Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” (QS. Al-Furqan: 73).
“Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).” (QS. Al-Qashash: 53).
Maka, dapat disimpulkan tanda-tanda tadabbur, yaitu:
1. Menyatukan hati dan fikiran kerika membaca Al-Qur’an.
2. Menangis kerana takut kepada Allah
3. Bertambahnya kekhusyu’an
4. Bertambahnya iman
5. Berasa bahagia dan gembira.
6. Gemetar kerana rasa takut kepada Allah, kemudian diikuti dengan pengharapan dan ketenangan.
7. Bersujud sebagai bentuk pengagungan terhadap Allah.

Ibnu Mas'ud ra berkata:

"Jika kalian mendengar Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman" maka dengarkanlah dengan sebaik-baiknya, karena perintahnya adalah sebaik-baik perbuatan yang harus kalian lakukan, dan larangannya adalah seburuk-buruk bahaya bagi kalian semua!"


Tapi macam mana yer nak bertadabbur? Persoalan sungguh! 
*forwarded yang bawah ni. tapi input dia 'kena'.

Sedar 
Pada ana awwalan, kita harus sedar dan faham, ilmu tu dari Allah. Pucuk tadabbur yang kita inginkan harus pula bermula dengan benih ikhlas niat kita untuk Allah. Jika ikhlas yang kita niatkan, insyaALlah ikhlas yg akan kita dapat. Kan hadis popular menyatakan sebegitu, innamal a'malu binniaat

Adab 
Adab harus ada. Bukan bermaksud adab semata dengan bersimpuh dan menjunjung sembah duli. Tetapi, adab hati, adabnya syahadah perlu untuk kita turuti. 
Bermulalah dengan mengetuk pintu istana: Rabbi zidni 'ilmuk. Ya Rabb ku, tambahkanlah akan daku 3ilmuMu. 

Kemudian bukalah gerbang husnusdzhon kepada ALlah, seluas-luasnya. 
Panjat tangga usaha dan doa, segigih-gigihnya. 

Kemudian mengadaplah... Mengadaplah sebagai hamba, bukan sebagai Tuan! InsyaAllah. 
Allah itu Al Rahman dan Al Raheem. 

Latihan 
Ustaz ana pernah mengajarkan, antara latihan tadabbur ialah mencatitkan apa-apa kaitan yang timbul dalam fikiran kita setiap kali kita melalui sesuatu ayat. Catitkan, kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini dengan apa yang Allah ceritakan telah berlaku. 

Receptors 
Antara deria pembelajaran manusia yang paling sensitif ialah 3: 
1) Visual - visual 
2) Auditory - bunyi dan 
3) Kinesthetic - (pe)rasa(an). 
Ingat ayat dalam Surah Al Mulk dan As Sajdah : "waja'a lalakumu sam'a wal abshoro wal afidah - qalilamma tasykurun." 

Manusia mempunyai kepekaan yg berbeza-beza terhadap ketiga-tiga deria ini. Ada orang lebih peka kepada visual, ada kepada auditori dan ada kinesthetik. 

Uji dan kenali 
Kenalpasti di mana kepekaan kita. Bagaimana? 
Cuba dapatkan kembali satu pengalaman dalam hidup antum, samada berlaku semalam, telah lama dahulu, hari ini, atau akan berlaku. Suatu pengalaman yang memberikan suatu kepuasan, kegembiraan, keseronokkan. 

Kes 1: 
Apakah yang mula-mula berlaku? Adakah suatu gambaran yang mula menjelma? Mungkin gambaran kehijauan padang rumput atau kekuningan sawah padi? 

Kes 2: 
Ataukah bunyi yang berlaku dahulu, yang memberi kesan kegembiraan tersebut? Mungkin bunyi tangisan anak sulung kita selamat dilahirkan? 

Kes 3: 
Ataukah perasaan yang pertama sekali menguasai keadaan? Mungkin perasaan terharu. Perasaan syukur. Atau juga rasa masam manis suatu hari di dusun? Atau rasa halusnya kulit bayi sulung kita? 

Kes 1 berlaku kepada manusia yang dominan deria visualnya, kes 2 deria bunyi dan kes 3 deria rasa. 

Bila kita dah kenal psychologycal reaction diri kita ini, gunakan ketika membaca quran. 

Gambarkan 
Bagi ahli visual, gambarkan neraka, gambarkan angin berdebu yangbertiup, dan manusia mujrimun pada suatu ketika tertunduk malu, pada ketika lain terbelalak mata mereka ketika hari perhitunga. Gambarkan zaqqum. Buah nan berduri. Gambarkan nanah mendidih yang dituangkan masuk kekerongkong, dan mainkan gambaran wajah itu adalah wajah kita yang meminumnya bagaikan unta yang kehausan. 

Dengarkan 
Atau dengarkanlah pekik marah neraka ketika manusia mujrimun dilemparkan kedalamnya. Dengarlah lidah-lidah api yang hitam pekat menyambar. Bunyi taufan, pekik raung. Dengarkanlah. 

Rasakan 
Atau rasakanlah azab yang pedih. Rasakanlah zaqqum yang menyendat masuk melalui kerongkongan kita. Rasakanlah panasnya api hinggakan manusia tidak pula mati dan tidak pula hidup! 

Subjek/Fokus 
Halakan projeksi-projeksi tersebut kepada kita. Jadikan kita subjek apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Quran. Bukan "mereka". 

Jika diceritakan bertelekan mereka ddidalam syurga, diladeni oleh wildan yag sebaya. Bayangkanlah itu wajah kita. Dan bersedihlah, kita tidak mampu menhendaki itu. Melainkan dengan kehendak Allah. 

Bila terbakarnya penghuni neraka, itulah kita, kerana disitulah layaknya kita dengan pengkhianatan kita selama ini. 

Semuanya kita. Bukan mereka. Takutlah sekiranya kita tergolong dalam golongan kuffar. Kuffar yang menutupi hak dengan batil. Dan takutlah sekiranya bukan kita yang tergolong dalam golongan muslimun yang tunduk menyerah kepada Allah. 

Bahasa 
Peripentingnya mengetahui bahasa arab, InsyaAllah akan banyak menolong. Tetapi jangan dijadikan tidak tahu bahasa arab itu penghalang tadabbur. 

Gunakan terjemahan. Musyhaf dikanan terjemahan dikiri. Baca satu demi satu ayat. Fikirkan apa yang diperkatakan, subjek ayat, pembuat,siapa buat? Keadaan. Kaitan. Dan berhenti/pause, ketika ayat itu membawakan atau menarik perhatian kita. 

Istiqamah 
Ulangi. Dan ulangi sesuatu ayat/surah. Fokus. Biar faham benar satu surah daripada tak faham benar satu quran. 

Fokus 
Tarik diri anda ke alam quran. Ketepikan distraction lain. Cari suasana yg membantu fokus. Kedutkan kening. Tumpukan hala pandangan kepadanya. Cari khusyuk. 

Tangis 
Tangisi diri kita. Ubah intonasi ketika ayat-ayat tertentu menyuruh antum berbuat demikian. 

Akhir 
Akhiri dengan tidak menutup gerbang husnusdzon. Berbaik sangkalah dengan Allah, samada berhasil atau tidak kita khusyuk didalam taman-taman atau lubang dan jurang al quran. Kerana "la yamassuhu illal mut^ohharun". Khusyuk itu, tadabbur itu,3ilmu itu dari Allah semata. Bukan kehandalan diri. 

Wallahua3lam. 
Semata-mata pandangan ana yang jahil jua. Semoga bermanfaat apa-apa yang bermanfaat yang diberikan oleh Allah, dan moga dijauhkan Allah dari mudharat hasil dari kelemahan dan kejahilan insan. 

"Rabbi zidni 3ilmuk. 
Rabbana la tuakhizna innasina au akhtokna."

Sumber:
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur’an, Dr. Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim: Pustaka An-Naba’

InsyaAllah, moga ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama. Dapat dari salah seorang sahabat ana, jadi ana mahu berkongsi sama antum semua. InsyaAllah insyaAllah bermanfaat. Syukran jazilan ya sahabat; Nurshafira :)


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com

Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganla...

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal...

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d...