Skip to main content

Bukan pertemuan yang ku pinta..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikum wbt..

umpana qhoyr, fur fur, my :)

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Memoriku samar-samar belaka,
Aku cuba untuk mengingat,
Tapi tidak berdaya,
Sungguh manusia itu sangat lemah,
Kerana itu aku perlukan Dia.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Rahsia Allah sungguh Luar biasa,
Semua berlaku atas kehendakNya,
Ada yang pergi ada yang datang,
Ada yang tetap ada yang tinggal,
Tapi pertemuan ini lain belaka.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Ku harungi hari-hariku seperti biasa,
Yakni berjihad atas JalanNya,
Di dalam kelompok manusia,
Yang berbagai ragam perbuatannya.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Aku seperti rasa kekosongan,
Aku cuba mencari apakah ia,
Aku mula mendekati program islamiah,
Aku mula mendekati mereka,
Mereka yang membimbingku ke jalanNya.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Sungguh Allah itu Maha Pemurah,
Dia amat mengasihi hamba-hambaNya,
Mungkin aku salah seorang dari hambaNya,
Yang diberi nikmat dan ujian,
Hanya untuk kembali padaNya.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Aku mula jatuh cinta,
Pada ukhuwah persahabatan keranaNya,
Sesuatu yang bukan ku pinta,
Tetapi atas dasar kasih sayang Allah,
Kerana Allah tahu apa terbaik untukku.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Sungguh singkat kita bersama,
Belum sempat rasanya mencipta keindahan,
Apatah lagi mengenal keakraban sesama kita,
Keindahan ukhuwah yang digambarkan Rasulullah,
Tapi mungkin ini juga baik bagiku,
Kerana Allah itu Maha mengetahui.

Bukan pertemuan yang ku pinta,
Kerana aku tidak tahu apa yang baik untuk diriku,
Hanya Allah sebaik-baik perancang,
Untuk menemukan aku dengan kalian semua.

Bukan pertemuan yang ku pinta.

Apabila perpisahan melanda,
Rindu dibenakku mula terasa,
Betapa indanya ukhuwah yang terbina,
Yakni ukhuwah kerana Dia.
Aku sentiasa berdoa padaNya,
Agar nanti suatu ketika,
Kalian antara jiwa yang ingin ku bawa ke syurga.

Ya, bukan pertemuan ini yang ku pinta,
Juga bukan perpisahan yang ku inginkan,
Aku cuma inginkan,
Apa yang terbaik untukku,
Dan pertemuan ini baik bagiku,
Baik untuk agamaku,
Baik untuk kesudahan urusanku,
Maka, pertemuan ini hadiah dari Tuhanku !

Terima kasih Tuhan,
Atas pertemuan dan perpisahan ini,
Dulu, pertemuan ini bukan ku pinta,
Sekarang, takdir yang menentukan segalanya,
Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya,
Dan aku bersyukur akan nikmat dan rahmatNya.

Itulah dinamakan Nikmat UKHUWAH Lillahi Ta'ala....


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com Fight-oh OH! (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d