Skip to main content

Bahagia dalam ujian cinta Tuhan.

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.

Assalamualaikumu wbt.


InsyaAllah, nota-nota cinta ini aku tujukan khas buat sahabat-sahabatku yang runtun jiwanya ketika dalam ujian Tuhan, ketahuilah, aku menyayangimu, tetapi tiada setandingnya Cinta Allah pada kamu.. Teruskan perjuangan dan tabahlah wahai insan yang bernama Teman.

Bahagia dalam ujian cinta Tuhan.

Sampai suatu masa,
Ujian bakal bertandang,
Bila waktu itu tiba,
Resah gelisah ku rasa,
Sunyi hati kelam jiwa,
Kerana aku seorang wanita,
Yang zahirnya lemah.

Tangisan mula menitis,
Biarlah aku menangis,
Asal tidak terlalu lama bersedih,
Kerana bimbang jauh dari Ilahi,
Jangan terlalu memendam rasa,
Kerana takut diri tidak terima ujian Rabbi.

Dengan nama Allah aku tidak kuat,
Tapi demi Allah aku harus bangkit!
Walau jatuh bangun yang ku rasa,
Sedu sedan sebagai teman,
Moga aku tabah dalam ujian-Mu Tuhan.

Aku mencari mengapa ujian bertandang tiba,
Mungkin atas kesilapan lama,
Mungkin jua sebagai peringatan,
Pada hati yang rindukan sang Pencipta,
Pada hati yang sudah lama menjauh,
Menjauh dari Sang Pemilik Hati,
Ya Rabb, ampunkan hamba-Mu ini.

Aku tahu Engkau sayang aku,
Aku tahu Engkau sentiasa ada untukku,
Aku tahu rahmat-Mu luas buat hamba-Mu,
Aku tahu ujian itu tanda kasih sayang-Mu,
Tapi, mengapa aku masih bersedih?
Kenapa hati ku lemah bila diuji sedikit?

Aku bertanya pada diri,
Adakah aku mencintai-Mu setulus hati?
Atau hanya dibibir sahaja buat penyedap hati.
Ya Tuhan,
Rahmatilah hamba-Mu ini,
Aku lemah Ya Allah,
Aku tidak berdaya,
Sungguh Engkau Tuhan dan aku hanyalah hamba.

Maka, apa lagi harus aku lakukan?
Cukuplah sekadar tabah dengan ujian,
Ia tidak mudah,
Siapa kata ia mudah?
Kerana itulah, periksa semula hati,
Orang yang beriman apabila diuji,
Hanya tersenyum,
Melihatnya sebagai nikmat,
Melihatnya sebagai kekuatan,
Kerana Tuhan tahu aku kuat,
Dan Tuhan mahu aku LEBIH kuat.

Maka positifkan dirimu,
Tidak mengapa jika engkau mahu menangis,
Tidak mengapa jika engkau perlukan sandaran,
Tidak mengapa jika engkau inginkan nasihat,
Kerana hidup di dunia ini bukanlah berseorangan,
Dan hidup ini hanyalah sementara.

Sahabat,
Walau aku insan biasa,
Tidak hebat seperti kamu,
Aku mahu engkau merasa,
Bahawa Tuhan itu sayangkan kamu,

Kembalilah senyum sahabat,
Kerana jiwa yang tenang itu,
Bukan ketika kamu senang,
Tapi saat engkau tabah dan sabar,
Demi menuju jalan Tuhan,
Kerana kebahagiaan yang sebenar,
Adalah bahagia dalam ujian cinta Tuhan,
Semoga jiwa-jiwa itu, adalah kita.

Maka aku selak kembali nota-nota Cinta dari-Nya,
Janganlah kamu berputus asa [12:87]
Ingatlah Allah sentiasa [13:28]
Ujian itu sebagai ukuran [29:2-3]
Allah sentiasa dekat [50:16]
Setiap kesulitan ada kemudahan [94:6]
Allah tahu apa terbaik bagimu [2:216]
Allah tidak membebanimu [2:286]

Maka tenangkanlah jiwamu,
Tenangkanlah dengan mengingati-Nya,
Solatlah diawal waktu,
Berikanlah sedekah,
Bangunlah awal pagi,
Capailah misimu,
Berserahlah diri pada Allah,
Berdoalah sentiasa,
Dan jadikan Al-Quran sebagai penawar dukamu itu,
InsyaAllah, moga bermanfaat,
Semoga Allah bersama kalian,
Doaku tidak pernah putus buat sahabat-sahabatku.
Biidznillah...

"Dan kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian." 
[Al-Isra' 17:82]


Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com Fight-oh OH! (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d