Skip to main content

Kemas Bilik :D (yang penting ada kenangan disitu...)



mmm..salam semua :D sihat tak? Hari ni penat sikit, yelah, tiba2 je rajin nak kemas bilik..heheh...selongkarr!! yeayyhh!! :P tgok je lah yer.. bila kemas2, tiba2 terjumpa pulak buku conteng sekolah rendah dulu. hehe, dulu2 mmg suka PPG (power puff girls). Sy suka yg warna hijau.. maisarah warna kuning, n lg satu, yg merah tu kawan sekolah rendah dulu, nama dia Tan AnGel :D haha...mmg klakar la time tu, masing2 sibuk kumpul sticker PPG untuk lukis dalam buku conteng yg telah dikhaskan..sy dpt kumpul skit je, yelah gula2 tu bukannya murah pun, mahal kot.. :( tp xpe, yg penting ada kenangan disitu :) tengoklah gmbr yg sy lukis (gambar PPG) dulu... (^^)

yeahh! tumbuk org jahat! :P
Pastu, naik sekolah menengah (form 1 - 3) saya sekolah kat sekolah asrama agama..kat situlah sy belajar mcm2. mcm mana nak berdikari, belajar urus masa, urus duit belanja, kawan, guru, n byk lg..n yg paling sy takleh lupa bila sy cuba belajar tulis khat. mmg sekolah rendah ada, cuma tak serius sgt...bila masuk sekolah agama ni, sy cuba serius n masuk segala pertandingan khat yg ada n mampu sy bertanding..walaupun tak sehebat mana pun, sekurang-kurgnya, sy belajar sesuatu..ingat lagi g MASKAN ZON..(salah satu pertandingan yg dianjurkan untuk semua sekolah agama seluruh negeri sembilan). Pen Khat ni masih ada pada sy :D walaupun dakwat tggl skit, yg pntg ada kenangan disitu :) tgoklah pen saya...

pen Khat :D
Ingat lagi waktu duduk asrama dari form 1 sampai form3...saya terjumpa cincin yg pelik,bukannya pelik apa pun..cuma cerita nya bermula dari sy berjalan seorangan...waktu jln balik ke dorm dari kelas, sy terjumpa cincin, so sy ambk lah..ingat nak buang balik, tp ada nama Allah, so saya simpan je lah...n sampai bilik terus letak cincin tu atas cermin bahagian kayu atas...(paling atas)...mmg sy tgglkan kat situ je. Pastu bila dah naik form 2, sy mmg betul2 dah lupa pasal cincin tu, tp tiba2 pada suatu hri tu, cincin tu ada kat dalam loker sy. sy pun peliklah..dari mana cincin ni dtg..n waktu tu sy baru teringat pasal cincin tu yg telah pun sy jumpa waktu sy form 1 :)  tak tau lah kenapa, tp yg penting ada kenangan disitu :) tengoklah gambar cincin tu :D

cincin yg sy jumpa ditepi jalan :
haa...dah habis form3,saya keluar dri asrama tu..sy sekolah kat sekolah harian biasa waktu form4 n 5..waktu kemas2 ni, byk jugaklah buku SPM..perlu ke saya simpan? Tak! sy kena kemas n bg saudara saya yg lain...sbb, wat apa nak simpan kan...Tp ada jugak buku yg sy simpan, iaitu buku karangan BM, buku nota EKONOMI ASAS, buku nota SEJARAH, n buku nota n latihan PRINSIP AKAUN. :) knp saya simpan? sbb sy tak sggup nak bg..hehe, syg sgt kat buku2 tu :D lagi2 buku nota EKONOMI ASAS saya, klu korg tengok mesti terkejut... :) sy hrp buku tu sentiasa ada kat saya sehingga lah sy mati...sy simpan pun supaya ada kenangan disitu yg sentiasa diingatan saya :) tengoklah gambar nota ekonomi saya, (byk nak tunjuk, tp xlarat nak upload) maaf :)

nota EKO bentuk doraemon :)
errmm, nampaknya itu sahajalah, sebenarnya banyak lg nak dikongsi, tp tak sanggup...ada kad raya,surat n hadiah2 yg sy dapat sewaktu menjalani kehidupan biasa di sekolah dulu2....tp semuanya hanya tggl kenangan..sekarang ni kat U..dan sy pasti bila masuk ke alam pekerjaan, UiTM PP akan tggl kenangan yg terindah pada diri sy :) dan sbb itulah sy takkan biarkan kenangn tu lari n jauh pergi mengglkan saya...dengan menagkap gambar pada setiap apa yg berlaku, pasti akan membuat sy rindu pada masa tersebut :) dan saya berharap agar saya tak akan lupa segala kenangan yg telah berlalu....Apa2 pun, sy kena belajar rajin2 n bersungguh2 supaya dapat kejar apa yg sy impikan :) korg pun mestilah berusaha juga yer...ciyokk !! :)

Study for your future :)
Ok, itu sahajalah buat masa ni, klu ada kelapangan masa lagi nnt, InsyaAllah sy akan update lg :D Salam ukhuwah Fillah (^^)

Fight-oh OH! (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa. Definisi Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi    serta mempunyai pengertian    yang tertentu. Makna Tersirat Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, ha iwan dan tumbuh-tumbuhan . Tujuan  atau Peranan Peribahasa Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus. Jenis-jenis Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa Bidalan Pepatah Kata-kata Hikmat ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada air adalah ikan. Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d