Menara Berkembar Petronas ~ Mysura's Diary

25 August 2009

Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas...
Seluruh rakyat Malaysia begitu berbangga kewujudan menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC). KLCC menjadi lambang kemajuan Malaysia dan sebagai tempat tarikan pelancong yang terkenal. KLCC telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelang Hari Kemerdekaan negara yang ke-42.

Pembinaan Petronas...
Menara KLCC yang siap dibina pada Mac 1996 ini memakan belanja lebih kurang RM1.2 bilion. Ia dibina dengan ketinggian 451.9 m dan mempunyai 88 tingkat di kawasan seluas 40 hektar di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Asas Peembinaan...
Asas bagi KLCC ini adalah struktur binaan yang berukuran 4.5 m tebal. Di bawah setiap menara terdapat konkrit seberat 32550 tan yang disokong oleh tiang binaan berukuran 60 m hingga 115 m panjang.

Ciri Unik Petronas...
Sekiranya berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila keadaan kembali reda, menara akan tegak seperti biasa.