Bangunan Sultan Abdul Samad [Versi ke-2] ~ Mysura's Diary

25 August 2009

Bangunan Sultan Abdul Samad [Versi ke-2]



Hiasan dalaman

Didalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.


Reka bentuk pelan


Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.



Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.


Cara pembinaan

Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894

1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan

dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan

unsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong

(arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang

kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.


Sumber: http://www.scribd.com/doc/14397351/folio-sejarah-2009sultan-abdul-samad

[Anda juga boleh muat turun di alamat di atas]






0 comments: