Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Perihal cinta yang sebenar

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. ~Cinta~ Engkau tidak akan pernah mengerti akan perihal cinta yang sebenar sehingga engkau belajar menghayati Sirah Nabawiyyah.. Sejarah Rasulillah s.a.w.. Pesanan ini buat diriku.. Sudah diberitakan, tidak dijadikan alam ini, melainkan kerana adanya Insan Agung Kekasih Allah Jalla wa 'Ala.. Dijadikan alam ini kerana itu, cinta-Nya terhadap Sayyiduna Rasulullah s.a.w. yang tinggi lagi mulia.. Nur/Cahayanya Muhammad s.a.w. yang menerangi seluruh Alam Maya dengan kehendak Yang Maha Esa.. Keindahan Cahayanya melimpah ke seluruh alam bersama Rahmat Sang Rabbul 'Izzati yang tak bertepi.. Jika mentari menyinari Bumi ini dengan cahayanya hingga terlihat segenap permukaan dan tampak segala makhluk yang terzahir di depan matamu.. Mentari meliputi alam dengan cahaya yang Allah kurniakan begitu.. Demi

Berfatwa atau berdakwah?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Berfatwa atau berdakwah? "Apa beza memberi fatwa dan memberi dakwah? Orang yang memberi fatwa wajib seorang yang berilmu, dan berkedudukan dalam ilmu yang tinggi, tetapi untuk berdakwah, tidak diwajibkan ilmu kepadanya. Siapa saja boleh memberikan dakwah." "Ianya sebagai satu wasilah untuk dia menyambungkan dirinya kepada Rasulullah ﷺ untuk mengajak manusia kepada agama yang dibawa baginda Rasulullah ﷺ. Seseorang boleh mengatakan, “Wahai manusia, hendaklah kamu solat, bepuasa, membaca Al-Quran, mengingati Allah سبحانه و تعالى, menghubungkan silaturrahim, dan tidak disyaratkan ilmu padanya." "Maka, yang memberi fatwa mesti orang yang alim, dan bukan orang yang jahil. Jika orang jahil yang beri fatwa, maka akan berlaku kepincangan. Untuk perkara dakwah, semua orang boleh untuk saling na

Biografi Ulama' ASWJ Asyairah Maturidiyah Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Pada tahun 1998 Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang Tuan Guru selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan Beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang la