Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Ramadhan akan pergi, Salam Aidilfitri - 1435H

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Bismillah. Lihatlah dedaunan kekeringan jua. Gugurnya jatuh dan rapuh. Layu dan tidak berguna. Begitu juga pada jiwa manusia. Sampai masa usianya kan menjemput pergi Kesannya tiada makna lagi. Maka janganlah terleka hingga ke akhirnya. Kutiplah bekalan yang masih berbaki masa. Agar dirimu dapat berjumpa pada yang Maha Kuasa. Dalam jiwa yang tenang dan redha. Sungguh ajal tak mengira usia dan masa. Setiap jiwa sudah ditakdirkan saat kematiannya. Sudah tertulis pada Kitab Ilahi. Dan ia amat mudah bagi Dia, Ya Rabbi. Sedang ku dalam lamunan risau pada datangnya yang PASTI. Terusku beristighfar mengutip pahala Ilahi. Seusai siap santapan sahur yang berbaki. Tiba-tiba dikejutkan pada jiran disebelah ini. Pada kematiannya pada malam terakhir ramadhan ini. Aku senyum aku sayu Apa pula kesudahan...

Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak)

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Kuliah magrib ringkas - Masjid Negeri 2 July 2014 Tajuk: Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak) Pembukaan: Orang yang beriman pasti akan cuba meningkatkan amalan mereka.   Rahmat Allah sangat luas, namun, ada sesuatu yang kita kena buat baru turun rahmatNya. Antaranya duduk bersama dalam majlis ilmu. Kelebihan majlis ilmu adalah dinaungi oleh sayap para malaikat. Malaikat Jibril mempunya 1600 sayap. Perjalanan dari setiap sayap ke sayap yang lain adalah sebanyak 1000 tahun. Tapi dengan syarat mesti penuhkn rumah Allah. Duduk dalam majlis ilmu untuk dapat rahmat Allah.   Alhamdulillah selangor ni penuh dengan majlis ilmu. Surau tak pernah mati. Kat bazar Ramadhan pun ada tazkirah. Kat dataran kemedekaan pun ada. IssyaAllah sebelah club malam pun nanti akan ada tazkirah.   Kembali konteks asal: Allah ma...

Ramadhan yang dirindui

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Sedikit perkongsian tazkirah ringkas sebelum zohor di masjid uitm shah alam   3 July 2014 Tajuk: Ramadhan yang dirindui.. Dalam surah al baqarah ayat 183 Allah berfirman: يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Dalam ayat ini ada dinyatakan dipenghujung ayat surah al-Baqarah ayat 183 di atas yang berbunyi “ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ” yang bermaksud “moga-moga kamu bertaqwa” yang menerangkan bahawa Allah berjanji di akhir nanti kita akan menjadi orang yang bertaqwa jika melaksanakan puasa yang telah disyariatkan. Mudah mudahan insyaAllah.   Allah maha meng...