Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

AKU TINGGALKAN CINTA KERANA ALLAH

AKU TINGGALKAN CINTA KERANA ALLAH Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai RM10 satu malam.. Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun...

BI wajib lulus SPM...

M ata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM telah menjadi buah mulut pelbagai pihak sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi, usul ini telah menjadi perhatian lebih ramai pihak yang tidak dapat menerima perubahan pada tahun ini. Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, perlulah menanam sikap proaktif dalam diri supaya menjadi seorang manusia yang tidak lekang mencari ilmu dan seterusnya menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlulah bersetuju bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Sebagaimana yang kita ketahui, Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa amat penting untuk kita dalam memajukan negara Malaysia. Bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai bahasa pengantaraan antara negara. Negara Malaysia sebagai pengeksport bahan mentah seperti kelapa sawit perlulah mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris ...

Bangunan Sultan Abdul Samad [Versi ke-2]

Hiasan dalaman Didalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup. Reka bentuk pelan Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan du...