"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Kita bersua kembali, terima kasih untuk masa kalian yang sudi membaca nukilan di blog ini :) Jadi marilah kita sambung kembali kisah perjalanan di bumi Korea. Link ke postingan Korea part 1 Link ke postingan Korea part 2 Link ke postingan Korea part 3 26 Mac 2019: Pukul 7 pagi kami bersiap untuk menjamu selera sarapan pagi di buffet hotel. Tapi tidak banyak pilihan makanan untuk dijamah kerana pilihan makanan halal yang tidak banyak, jadi kami hanya mengambil roti, cereal dan minuman panas. Ramai makcik dan pakcik yang sudah tua makan di hotel tersebut, saya boleh agak melalui cara mereka, mereka adalah tourist dari china dan juga korea sendiri. red Pine - tidak disarankan Jadi selepas sarapan pagi kami terus ke kilang pembuatan ubatan kesihatan Red Pine, kami tiba dalam pukul 8.30 pagi dan didala...
"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur PadaNya masih lagi kita dapat bernafas dan terus melakukan amal kebaikan insyaAllah. Sudah hampir 5 Tahun Blog ini bersawang, tapi Alhamdulillah ada kebaikan dalam posting yang masih orang lain mencari. Terima kasih cikgu Ghalib kerana memberi kesempatan untuk kami membuka ruang blog sendiri untuk memberi dan mengajar tentang pentingnya bahasa melayu. ;) Hari ni bertarikh 24 October, baru diberi kesempatan untuk menaip walaupun sudah beribu dan berjuta kali diri datang singgah hanya melihat (walaupun banyak draft pada posting tapi masih juga tidak diberi kesempatan untuk menulis) Nah kali ini saya hadir untuk berkongsi sesuatu. selingan: 2016-2018 selama 3 tahun inilah saya berkelana di bumi australia, asalnya bekerja sambil belajar, banyak juga kisah suka duka, tapi itulah kehidupan. Insya...