"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Kita bersua kembali, terima kasih untuk masa kalian yang sudi membaca nukilan di blog ini :) Jadi marilah kita sambung kembali kisah perjalanan di bumi Korea. Link ke postingan Korea part 1 Link ke postingan Korea part 2 Link ke postingan Korea part 3 26 Mac 2019: Pukul 7 pagi kami bersiap untuk menjamu selera sarapan pagi di buffet hotel. Tapi tidak banyak pilihan makanan untuk dijamah kerana pilihan makanan halal yang tidak banyak, jadi kami hanya mengambil roti, cereal dan minuman panas. Ramai makcik dan pakcik yang sudah tua makan di hotel tersebut, saya boleh agak melalui cara mereka, mereka adalah tourist dari china dan juga korea sendiri. red Pine - tidak disarankan Jadi selepas sarapan pagi kami terus ke kilang pembuatan ubatan kesihatan Red Pine, kami tiba dalam pukul 8.30 pagi dan didala...