"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur padaNya masih punya kesempatan untuk mengutip pengalaman yang berharga. Sebelum itu ayuh tadabbur dari KalamNya, InsyaAllah "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Al Araf :156) Terlalu banyak rahmatNya buat seluruh hamba-hambaNya yang melata. Dari nikmat yang sekecil hinggalah besar. Namun tidak semua merasai nikmat Iman dan hidayah dan itulah nikmat paling besar. Pasti saja setiap insan inginkan kejayaan selepas mereka bersusah paya