"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful"
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad.
Assalamualaikum wbt.
Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.
Assalamualaikum wbt.
Aku bertanya pada sang mulia yang aku hormati, apakah maknanya seseorang itu bermimpi akan Rasulullah ﷺ? Guru mulia memandangku sambil tersenyum dan menyentuh bahu serta belakang tubuhku. Lalu beliau bilang pada aku, ia bergantung pada mimpi seseorang itu.
Namun ketahuilah adalah bahawa baginda ﷺ ingin memberitahu akan sesuatu padamu, baginda ﷺ ingin engkau merasa beliau ada bersamamu, baginda ﷺ ingin engkau mencintainya melebihi segala apa yang ada di dunia, baginda ﷺ ingin engkau mengenalinya, namun makna akan mimpi itu tetap bergantung pada bagaimana situasi seseorang itu bermimpi pada si mulia Rasulullah ﷺ.
Berusaha dan mintalah padaNya agar engkau bisa bermimpi dengan baginda ﷺ. Serta berdoalah moga bukan sahaja kamu, tetapi orang disekelilingmu turut mendapatkannya agar kita tergolong dalam kalangan yang terpilih itu. InsyaAllah. Ya Rabb, izinkan kami bersama habibuna Nabiyullah Rasulullah ﷺ di dunia dan akhirat sana.
[ Yayasan restu, 25 April 2015, Sabtu, Majlis Maulid Muslimat, 7:45am - 2:20 pm ]
Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.
Comments