Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Gambar

IKIP IASC 2015

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur padaNya masih punya kesempatan untuk mengutip pengalaman yang berharga. Sebelum itu ayuh tadabbur dari KalamNya, InsyaAllah "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu".  Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang   beriman kepada ayat-ayat Kami.  (Al Araf :156) Terlalu banyak rahmatNya buat seluruh hamba-hambaNya yang melata. Dari nikmat yang sekecil hinggalah besar. Namun tidak semua merasai nikmat Iman dan hidayah dan itulah nikmat paling besar. Pasti saja setiap insan inginkan kejayaan selepas mereka bersusah paya...

aksara kotak hati yang tersimpan

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Sangat merindui pertemuan dengan kekasih bukan bermakna hati telah punya banyak amal pun bukan pula ibadat sunat yang dilaksana. Namun sudah terlalu lama rindu ini berbekas sehingga hati ini berharap penuh hanya padaNya. Katakan padaku siapa yang tidak mahu melihat Pencipta mereka?  "Asal muasal kerinduan seorang hamba"

Wahai orang yang beriman!

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Kau tahu, jika kau mudahkan urusan orang maka Allah akan memudahkan urusanmu. Kau tahu, azan itu bukan sekadar laungan tetapi mengingatkan #masa itu adalah masamu bertemu denganNya. Kau tahu, tidur lepas subuh itu akan menyempitkan rezekimu. Kau tahu, andai kau ingin dimaafkan, kau maafkan orang lain dahulu. Kau tahu, kau itu hamba dan selayaknya diterima seadanya oleh seorang hamba. Kau tahu, musibah itu teguran untuk sabar dan bala itu peringatan untuk kau taubat. Kau tahu, ujian itu adalah nikmatNya untuk kau beroleh pahala sabar dan menjadikan kau lebih kuat. Kau tahu, Bila kau berhenti doa bermakna kau akan berhenti berharap. Kau tahu, sebaik-baik ikutan adalah Rasulullah  ﷺ . Kau tahu, dunia ini sementara dan yang kekal adalah akhirat Sana. Kau tahu, kau inginkan syurga dan cuba untuk mengelak dari ter...

Setiap langkah lelah itu ada ganjarannya dan habuannya syurga

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Setiap hari keluhan tak pernah hilang. Mengadu pada segenap laman. Hingga saatnya membuat jiwa terhuyung-hayang. Hingga merasa mau pergi dan menamatkan. Lalu bagaimana pula jiwa yang lainnya? Sedang mereka masih kuat dan aku semakin lemah? Cukuplah Dia tahu akan robeknya hati ini. Cukuplah hanya pada-Nya diadukan segala keresahan dan kesakitan ini. Kerna Dia sentiasa Maha Mendengar sedang aku mendengar nasihat pun masih memekakkan diri - kerna manusia Maha Zholim. Sering men gharap kasih dari sementaranya perkara. Sehingga terbuai dan hampir membuat kefuturan jiwa. Lupa pada yang Maha Pengasih yang sentiasa ada. 'Kadang solat pun dia boleh tinggal, apatah lagi engkau?' Benar kehidupan ini penuh cabaran. Hingga tangisan darah pun pasti takkan selesai. Namun, lupakah dunia ini hanya sementara? Usah baz...

Kembara Dakwah Habib Umar 28 November - Darul Murtadza

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Nama kalian telah tertulis pada luh mahfuz sebelum dunia diciptakan lagi untuk bersama hadir dalam majlis ilmu seperti ini.  Bersyukurlah kepada Allah atas rahmat kasih sayang-Nya yang memilih kalian.  Sifat keimanan itu adalah dengan mencintai orang2 beriman.  Tidak akan sempurna iman mereka yang tidak mencintai ahli sunnah dan bukan mereka dikalangan ahli sunnah yang membenci ahlul bait.  Cintailah olehmu buat ahli keluarga Rasulullah saw, para sahabat Rasulullah saw, dan orang2 yang beriman.  Siapa yang mencintai mereka, maka Allah akan mencintai mereka.  Dikatakan oleh imam Syafie, bahawa beliau amat mencintai orang2 soleh walau beliau bukan dari kalangan orang2 yang soleh.  Imam Syafie mengharapkan untuk mendapatkan syafaat dari mereka yakni orang2 yang soleh itu.  ...

Rasa yang mendekat

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Bukan kerna aku orang yang mulia jauh sekali sempurna namun hamba pendosa.  Bukan kerna aku tidak sedar pada nya, namun sering ku lupa - pada diri sendiri.  Acapkali saat lontaran kata dan persoalan, bukan bermakna aku inginkan penjelasan namun kekuatan moga aku tidak terus futur dalam kehidupan.  Kadang ku terpana pada kata dan tulisan yang seakan sama pada situasi yang sedang berlaku - pada diriku.  Bukan magis, bukan pelik, tapi fitrah yang sering lalai dan lupa pada makna sebenarnya.  Sebenarnya aku yang bermasalah sedang si dia tetap memberi kata kesedaran.  Bukan tidak mengerti tapi sentiasa lupa yang kita semua adalah serupa - sedangkan kita semua berada dibawah langit Tuhan.  Tatkala mutiara ditubik dan jatuh menjunam, bukan hanya semata rindu yang dipendam, tetapi j...

Sukar menafsir rasa

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Saat seorang guru mengajar dan meminta izin untuk pergi dan saat anak muridnya diminta sebagai pengganti sementara, sungguh menguji bila mana sedar yang datang menuntut ilmu itu lebih lunak suaranya dan bacaan yang tartil-mengalahkan aku.  Terpana sementara mendengar ayat dari kalam suci yang dibacakan oleh seorang hamba yang masih dini.  Terpana-menangis-mengharap- untuk jadi sepertinya menjadi kebiasaan.  Lebih-lebih lagi bila Furqan tersemat bukan sekadar di helaian tapi di dalam hati mereka.  Dan saat diri bertandang ke tempat mulia, seorang marhaen tertunduk melutut saat pembesar suara melontarkan vokal aksara yang telah diperdengarkan sebelumnya perbicaraan. Untuk segala rasa itu memang sukar ditafsirkan.  Apatah lagi keinginan untuk menjamu menjadi tanda tanya.  Maka bersuju...

Rindu - kerna semasa hayat ia sentiasa ada

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Jari jemari disusun rapi.  Tangan digenggam agar ia sentiasa disisi.  Perkara yang cukup dirindui, kerna semasa hayat ia sentiasa digenggaman ini.  Bukan mengatakan tidak redha pada perpisahan, namun kerna kerinduan yang tersimpan setelah lama ia pergi meninggalkan.  Mengatakan rindu bukan kerna bait-bait aksara nama jauh dari doa.  Namun kerna hati masih lemah pada rasa yang menggugah.  Pun jua pada bai'ah dan materialistik kehidupan yang dipenuhi dengan imbasan memori yang lampau.  Kerna hati teringin untuk meminta akannya.  Tapi rasa tak layak atas kesilapan yang pernah dilaku.  Kerna aku cuma manusia.  Kadang melihat bulatan yang penuh gembira itu membuatku sentiasa meronta fikiran, pada hatinya setiap insan.  Pun aku hanya mampu tersenyum dan ter...

Ramadhan akan pergi, Salam Aidilfitri - 1435H

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Bismillah. Lihatlah dedaunan kekeringan jua. Gugurnya jatuh dan rapuh. Layu dan tidak berguna. Begitu juga pada jiwa manusia. Sampai masa usianya kan menjemput pergi Kesannya tiada makna lagi. Maka janganlah terleka hingga ke akhirnya. Kutiplah bekalan yang masih berbaki masa. Agar dirimu dapat berjumpa pada yang Maha Kuasa. Dalam jiwa yang tenang dan redha. Sungguh ajal tak mengira usia dan masa. Setiap jiwa sudah ditakdirkan saat kematiannya. Sudah tertulis pada Kitab Ilahi. Dan ia amat mudah bagi Dia, Ya Rabbi. Sedang ku dalam lamunan risau pada datangnya yang PASTI. Terusku beristighfar mengutip pahala Ilahi. Seusai siap santapan sahur yang berbaki. Tiba-tiba dikejutkan pada jiran disebelah ini. Pada kematiannya pada malam terakhir ramadhan ini. Aku senyum aku sayu Apa pula kesudahan...

Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak)

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Kuliah magrib ringkas - Masjid Negeri 2 July 2014 Tajuk: Allah Maha pemberi Rezeki (Ar Razak) Pembukaan: Orang yang beriman pasti akan cuba meningkatkan amalan mereka.   Rahmat Allah sangat luas, namun, ada sesuatu yang kita kena buat baru turun rahmatNya. Antaranya duduk bersama dalam majlis ilmu. Kelebihan majlis ilmu adalah dinaungi oleh sayap para malaikat. Malaikat Jibril mempunya 1600 sayap. Perjalanan dari setiap sayap ke sayap yang lain adalah sebanyak 1000 tahun. Tapi dengan syarat mesti penuhkn rumah Allah. Duduk dalam majlis ilmu untuk dapat rahmat Allah.   Alhamdulillah selangor ni penuh dengan majlis ilmu. Surau tak pernah mati. Kat bazar Ramadhan pun ada tazkirah. Kat dataran kemedekaan pun ada. IssyaAllah sebelah club malam pun nanti akan ada tazkirah.   Kembali konteks asal: Allah ma...

Ramadhan yang dirindui

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Sedikit perkongsian tazkirah ringkas sebelum zohor di masjid uitm shah alam   3 July 2014 Tajuk: Ramadhan yang dirindui.. Dalam surah al baqarah ayat 183 Allah berfirman: يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Dalam ayat ini ada dinyatakan dipenghujung ayat surah al-Baqarah ayat 183 di atas yang berbunyi “ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ” yang bermaksud “moga-moga kamu bertaqwa” yang menerangkan bahawa Allah berjanji di akhir nanti kita akan menjadi orang yang bertaqwa jika melaksanakan puasa yang telah disyariatkan. Mudah mudahan insyaAllah.   Allah maha meng...

Israk dan Mikraj - Mukjizat Rasulullah SAW

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Israk Mikraj Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. PeristiwaIsrak dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya. Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj Sebelum Israk dan Mikraj   Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaq...