Skip to main content

Peribahasa - maksud dan contoh ayat.

Informasi Peribahasa.

Definisi Peribahasa

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi  serta mempunyai pengertian  yang tertentu.

Makna Tersirat

Makna peribahasa itu berkaitan  dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan  alam sekeliling seperti benda, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Tujuan  atau Peranan Peribahasa

Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran  dengan cara yang sopan dan halus.

Jenis-jenis Peribahasa

  1. Perumpamaan
  2. Simpulan bahasa
  3. Bidalan
  4. Pepatah
  5. Kata-kata Hikmat
------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada air adalah ikan.

Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada gula adalah semut

Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air dicencang tidak akan putus

Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air pun ada pasang surutnya

Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air sama air, sampah ke tepi juga

Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah bisa, tegal biasa

Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah membeli, menang memakai

Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah sabung, menang sorak

Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.

Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain

Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 

Contoh Ayat : "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 

Contoh ayat: Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan bahawa keputusannya begitu teruk sekali. Sedangkan semuanya indah khabar daripada rupa, keputusan Ali sangat memberangsangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. 

Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang lupakan kulit apabila Najib mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 

Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman Bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 

Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE:

Ada udang disebalik batu
Maksud: Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.
Contoh ayat: Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang.  Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melentur buluh biar dari rebungnya
Maksud: Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh dan dinasihati.
Contoh ayat: Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlaq yang baik dari kecil lagi.  Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan.  Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu.  Kegigihannya ibarat hangat-hangat tahi ayam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diam-diam ubi
Maksud: Melakukan sesuatu (yang baik) dalam diam-diam tanpa disorakkan kepada orang lain.
Contoh ayat: Diam-diam ubi, anak Cik Mar mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan kebangsaan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menjaga tepi kain orang
Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.
Contoh ayat: Jiran-jiran tidak suka bergaul dengan Mak Minah kerana dia suka menjaga tepi kain orang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Comments

Anonymous said…
Thanks!
So Bee said…
I suke la U punye peribahase nie...
tmbah lgy bnyak ye lengkali...
like .. like !!!
suhanaasyikin said…
Thanks, i appreciate what u had done, it help me in my homework :-)
azri said…
boleh tambah lagi tak? and thanks
Anonymous said…
Boleh tambah lebih banyak peribahasa tak ?
Anonymous said…
Please!!
Anonymous said…
tmekasih :) suke sgt peribahasa smua ni tapi banyak yg terlalu mudah boleh ke tambah yg susah skit banyak bantu dlm kerja skola saya ni memang syukur kan pe yg kau buat korang semua ni pon suka je
Unknown said…
ianya bagus tetapi isinya kurang,saya ingin mencari..ada wang abang disayang,tak ada wang abang melayang...harap ianya bertambah lagi bnyak^_^
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
peribahasanya memang takde masalah..tetapi,yg tak boleh tahan tu dan saya pun tak faham kenapa ade background music?!!!!!!!bising betul...
lili said…
saya suka saya suka
Unknown said…
zaman sekarang ular tergantung tak nampak janji dapat ikan ibarat hidup dapat madu
Unknown said…
zaman sekarang ular tergantung tak nampak janji dapat ikan ibarat hidup dapat madu
Unknown said…
zaman sekarang ular tergantung tak nampak janji dapat ikan ibarat hidup dapat madu
Anonymous said…
terima kasih , info yang menarik dan sesuai untuk pelajar untuk menuntut ilmu peribahasa, bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. hahaha :D
Anonymous said…
THX!Byk-byk. It's really helping me but I think u should add more of the peribahsa sebab sekolah beri homework susah and banyak. terima kasih.
strongpowerthankyou said…
nice choice of music ^^
Anonymous said…
Hi..apa peribahasa yg sesuai utk ayat ini..
Mendengar khabar ada penemuan rangka mayat di pelabuhan itu, Mak Siti berasa amat gelisah kerana bimbang akan keselamatan suaminya yang menjaring sejak subuh tadi.
Anonymous said…
KALAU BOLEH LETAK GAMBAR SEBELAH PERIBAHASA TU UNTUK MENGGAMBARKANNYA SUPAYA SAYA BOLEH BUAT KERJA RUMAH DENGAN LEBIH MUDAH.
Anonymous said…
ape peribahasa yg menggambarkn setiap negara atau negeri ad adt nya yg tersendiri.
Unknown said…
Tolong legal peribahasa yang mempunyai maksud Dan ayat on to her yang pendek tetapi tq
Anonymous said…
Seperti cacing kepanasan
Anonymous said…
terima kasih sebab bg peribahasa yg belum didengar
Unknown said…
Blog yang bgus ttpi sikit peribahasanya
Anonymous said…
wohwohwoh
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
thank you for suggestion
Anonymous said…
where is cariki carik blyat siku
Anonymous said…


RUSH B BLYAT
Unknown said…
X cukup la... igt smua peribahasa ada.. mana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Unknown said…
Mindah yang bagus.Ayat yang terbaik
Unknown said…
Mana peribahasa yg separuh.Saya nak maksud Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam
Unknown said…
Membaca jambatan ilmu
Hai, terima kasih sebab berkongsi. Sesiapa nak peribahasa bergambar dan maksudnya boleh cari di sini: https://www.peribahasa.org
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
Terbaik lah website ni.
Senang nak buat homework sekolah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Unknown said…
Skolah mne ni?๐Ÿ˜‚
kabar bola said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Warlord200 said…
Ooohhhh, thanks alot
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
boleh tambah peribahasa cegah sebelum parah tak
Sql said…
Apakah peribahasa yg sesuai utk "sentiasa berfukaf juada dgn jidan2"
Sql said…
Sentiaza bertukar juadah dgn jiran jiran
Unknown said…
Ada batang,cendawan tumbuh
Unknown said…
Terima kasih atas peribahasa itu๐Ÿ˜‰
Anonymous said…
D I A Y ?
Unknown said…
Boleh bagi peribahasa sumua tingkatan sekarang...Karana saya mau buat homework
Unknown said…
Bestnya peribahasa
Anonymous said…
saya mahu alah bisa tegal dek biasa maksud boleh.terimah kasih
Unknown said…
I want 100 perumpamaan
Unknown said…
Tambah lah bagi byk skit
Anonymous said…
Hi Mysura,
Can I know how to open the website call www.peribahasa.org.I can't open this website and it Error 522 coz' Connection timed out.Can you tell me the way to go inside this webside with gmail to me .Thanks for helping me.

My gmail account,
yankangtan.tan@gmail.com
Yayabatrisyia said…
These are really helpful. Thank you for your work.
Anonymous said…
Boleh tolong tambah peribahasa untuk orang yg suka menjahit?
Unknown said…
thanks sangat" kalau boleh kan tambah lah lagi peribahasa tu untuk menambahkan lagi ilmu tentang peribahasa ini kepada golongan masyarakat

Popular posts from this blog

Apa itu Bahasa Melayu..??

B ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal

Biiznillah, dengan izin Allah..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Biiznillah.. Biiznillah.. Biiznillah.. (dengan izin Allah) Ada   seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh. Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya. Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya. Kata-kata di atas cuba sy pinjam daripada seorang budak tabligh yg pernah mendatangi sy suatu ketika dulu. Ia buat kita berfikir.. mengapa.. dengan ubat yg sama, dos yg sama tetapi tidak bisa menyembuhkan sakit dua orang berlainan. Atau mgkin juga pada org yg sama, pd masa yg lain. Melihat kpd sirah Nabi Ibrahim.. dibakar hidup-hidup d