Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ukhuwah

Rabiul Awal Tiba, Rindu mengusik jiwa.

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Even though it is past, but it is something. Moga kenangan ini masih diukir hingga syurgaNya. Usaha Lillahi Ta'ala hanya untuk menggapai cita tertinggi kita semua. May Allah grant us His Jannah tul firdausi with people we love. And including Rasulillah besides us all :') Hanya sebagai kenangan, Dan tetap hanya tinggal kenangan. kan kan.. :') Original post at : http:/maisurah-mazhar.blogspot.com Wallahu A'lam Bish Shawab - Hanya Allah Maha mengetahui apa yang benar.

Rasa yang mendekat

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Bukan kerna aku orang yang mulia jauh sekali sempurna namun hamba pendosa.  Bukan kerna aku tidak sedar pada nya, namun sering ku lupa - pada diri sendiri.  Acapkali saat lontaran kata dan persoalan, bukan bermakna aku inginkan penjelasan namun kekuatan moga aku tidak terus futur dalam kehidupan.  Kadang ku terpana pada kata dan tulisan yang seakan sama pada situasi yang sedang berlaku - pada diriku.  Bukan magis, bukan pelik, tapi fitrah yang sering lalai dan lupa pada makna sebenarnya.  Sebenarnya aku yang bermasalah sedang si dia tetap memberi kata kesedaran.  Bukan tidak mengerti tapi sentiasa lupa yang kita semua adalah serupa - sedangkan kita semua berada dibawah langit Tuhan.  Tatkala mutiara ditubik dan jatuh menjunam, bukan hanya semata rindu yang dipendam, tetapi j...

Rindu - kerna semasa hayat ia sentiasa ada

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Jari jemari disusun rapi.  Tangan digenggam agar ia sentiasa disisi.  Perkara yang cukup dirindui, kerna semasa hayat ia sentiasa digenggaman ini.  Bukan mengatakan tidak redha pada perpisahan, namun kerna kerinduan yang tersimpan setelah lama ia pergi meninggalkan.  Mengatakan rindu bukan kerna bait-bait aksara nama jauh dari doa.  Namun kerna hati masih lemah pada rasa yang menggugah.  Pun jua pada bai'ah dan materialistik kehidupan yang dipenuhi dengan imbasan memori yang lampau.  Kerna hati teringin untuk meminta akannya.  Tapi rasa tak layak atas kesilapan yang pernah dilaku.  Kerna aku cuma manusia.  Kadang melihat bulatan yang penuh gembira itu membuatku sentiasa meronta fikiran, pada hatinya setiap insan.  Pun aku hanya mampu tersenyum dan ter...

dua-tiga, May. 530

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Segalanya Sudah Tuhan aturkan Ini antara sebaik-baik rencanaNya Momen yang dahulu aku kenangkan Atas izin Tuhan, bersua setentang dua mata Walau hanya sementara Namun Alhamdulillah ‘ala kulli hal :') *senyum* Jika diberikan kesempatan untuk menulis sebuah buku. Hanya tentang perjalanan hidup bersama dengannya. Pastilah tak cukup untuk aku nukilkan. *haha* ;p Terlalu banyak momen momen lepas bersama. Yang aku sendiri kadang ternganga. Merasai keajaiban ciptaan Dia. Hanya kerana Rahmat dan kasih Sayang Nya. Aku dipilih untuk melalui jalan yang sedia ada. Entah kenapa. Andai ada sesuatu yang luar biasa terjadi padaku, Pastilah dia orang yang pertama. Bukan kerna aku MAHU menjadikan dia yang pendahulu. Tapi benda itu berlaku tanpa aku sedari. Mungkin saja Allah aturkan sebegitu rup...

Memori itu :')

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Walau memori ku terhad, Tapi aku masih ingat detik itu, Itulah detik aku mulakan perkenalan. Walau cara aku itu tidak patut dilakukan. Tapi aku rasa dengan cara itu aku akan ingat. Tapi sebelum itu.. Aku sering terserempak dengan kamu, Sering kali aku di surau itu, Sering itu juga engkau berkunjung. Walau aku tak kenal siapa dirimu, Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan pada kamu. Aku masih ingat, Aku datang ke situ bersama rakan bilik, Bukan kerna apa, Cuma dapat mesej ringkas, Di mana aku harus turun bertandang. Bila aku sampai, Aku tersengih sengih melihat telatah mereka, Mereka yang aku maksudkan adalah sahabat surau, Aku lihat ukhuwah mereka sangat akrab, Bukan sahaja seperti isi dengan kuku, Malah seperti jasad dan roh. Bergurau dan bersenda tawa, Aku lihat sahaja telatah ...

Bahagia dalam ujian cinta Tuhan.

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikumu wbt. InsyaAllah, nota-nota cinta ini aku tujukan khas buat sahabat-sahabatku yang runtun jiwanya ketika dalam ujian Tuhan, ketahuilah, aku menyayangimu, tetapi tiada setandingnya Cinta Allah pada kamu.. Teruskan perjuangan dan tabahlah wahai insan yang bernama Teman. Bahagia dalam ujian cinta Tuhan. Sampai suatu masa, Ujian bakal bertandang, Bila waktu itu tiba, Resah gelisah ku rasa, Sunyi hati kelam jiwa, Kerana aku seorang wanita, Yang zahirnya lemah. Tangisan mula menitis, Biarlah aku menangis, Asal tidak terlalu lama bersedih, Kerana bimbang jauh dari Ilahi, Jangan terlalu memendam rasa, Kerana takut diri tidak terima ujian Rabbi. Dengan nama Allah aku tidak kuat, Tapi demi Allah aku harus bangkit! Walau jatuh bangun yang ku rasa, Sedu sedan sebagai teman, Moga aku tabah dalam ujian-Mu Tuha...

Makna sebuah persahabatan Lillahi Ta'ala

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt.. Makna sebuah persahabatan kerana Allah. Suatu ketika, Kita bersama, Ukhuwah terasa, Walau sementara, Menempuh cerita luka, mengharungi gelak ketawa, Sepanjang jalan bersama, Ibarat satu jiwa. Namun kini, kita dipisah masa, Jarak kian terbuka, Sebak mula terasa, Simpan erat pengalaman, Buat jadi sempadan. Saat Allah masih beri peluang dan kesempatan, Walau kadang terlalu banyak yang dipersiakan, Moga akan kita manfaatkan, Untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dikesempatan ini ingin ku berkata, Walau diri hanya insan biasa, Yang senantiasa melakukan dosa, Yang sering tersungkur atas ujianNya. Tetapi kerana dari ujian itulah, Teralirnya cinta Tuhan. Tanpa kita sedari, Allah sebenarnya menghantar seseorang, Untuk menjadikan kita, Seorang manusia yang baik, Kerana perlakuan kebaikan itu...

Bukan pertemuan yang ku pinta..

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt.. umpana qhoyr, fur fur, my :) Bukan pertemuan yang ku pinta. Memoriku samar-samar belaka, Aku cuba untuk mengingat, Tapi tidak berdaya, Sungguh manusia itu sangat lemah, Kerana itu aku perlukan Dia. Bukan pertemuan yang ku pinta. Rahsia Allah sungguh Luar biasa, Semua berlaku atas kehendakNya, Ada yang pergi ada yang datang, Ada yang tetap ada yang tinggal, Tapi pertemuan ini lain belaka. Bukan pertemuan yang ku pinta. Ku harungi hari-hariku seperti biasa, Yakni berjihad atas JalanNya, Di dalam kelompok manusia, Yang berbagai ragam perbuatannya. Bukan pertemuan yang ku pinta. Aku seperti rasa kekosongan, Aku cuba mencari apakah ia, Aku mula mendekati program islamiah, Aku mula mendekati mereka, Mereka yang membimbingku ke jalanNya. Bukan pertemuan yang ku pinta. Sungguh Allah itu ...