"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Jari jemari disusun rapi. Tangan digenggam agar ia sentiasa disisi. Perkara yang cukup dirindui, kerna semasa hayat ia sentiasa digenggaman ini. Bukan mengatakan tidak redha pada perpisahan, namun kerna kerinduan yang tersimpan setelah lama ia pergi meninggalkan. Mengatakan rindu bukan kerna bait-bait aksara nama jauh dari doa. Namun kerna hati masih lemah pada rasa yang menggugah. Pun jua pada bai'ah dan materialistik kehidupan yang dipenuhi dengan imbasan memori yang lampau. Kerna hati teringin untuk meminta akannya. Tapi rasa tak layak atas kesilapan yang pernah dilaku. Kerna aku cuma manusia. Kadang melihat bulatan yang penuh gembira itu membuatku sentiasa meronta fikiran, pada hatinya setiap insan. Pun aku hanya mampu tersenyum dan ter...