Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PPSMI

BI wajib lulus SPM...

M ata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM telah menjadi buah mulut pelbagai pihak sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi, usul ini telah menjadi perhatian lebih ramai pihak yang tidak dapat menerima perubahan pada tahun ini. Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, perlulah menanam sikap proaktif dalam diri supaya menjadi seorang manusia yang tidak lekang mencari ilmu dan seterusnya menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlulah bersetuju bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Sebagaimana yang kita ketahui, Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa amat penting untuk kita dalam memajukan negara Malaysia. Bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai bahasa pengantaraan antara negara. Negara Malaysia sebagai pengeksport bahan mentah seperti kelapa sawit perlulah mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris ...