1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama . 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek . 3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya . 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men -. Contohnya: (a) Emak me masak nasi dan sebagainya (b) Pasukan pengakap telah men dirikan khemah itu. (c) Ketua murid men aikkan bendera sekolah. 2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya…… (a) tidak berawalan men - dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua . Contohnya: i. Bola itu saya tendang. ii. Borang itu perlu anda isi. (b) berawalan di - dan diikuti kata sendi {oleh} serta kata ganti diri ketiga . Contohnya: Baju itu di basuh oleh kakak. 3. Ayat pasif terdiri daripada: (a) ayat pasif diri pertama , iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men - dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya. (b) ayat pasif diri kedua , iaitu ayat y...